[VIDEO] Seri 0-0, Ronaldo mengamuk pemain lawan sengaja buang masa


  • Podium
  • Selasa, 11 Apr 2023

Ronaldo (kiri) dilihat bertengkar dengan pemain Al Feiha. — Agensi

BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo kini sedang mengalami detik pahit dan manis dalam pengembaraan baharunya di Arab Saudi apabila beraksi sebagai pemain Al-Nassr.

Bekas bintang Real Madrid itu yang menamatkan perpindahannya ke Al Nassr dari Manchester United pada 30 Disember lalu telah menjaringkan gol di kelab baharunya.

Tetapi dia juga mengalami detik sukar bersama pasukan berkenaan apabila dilihat bertengkar dengan pemain lawan selepas Al-Nassr seri 0-0 kepada Al Feiha pada Isnin.

Keputusan tersebut meletakkan Al-Nassr di tangga kedu, manakala pendahulu Liga Pro Saudi, Al-Ittihad yang mendahului dengan kelebihan tiga mata di tangga teratas.

Kegagalan tidak dapat membawa tiga mata itu menyebabkan penyerang kebangsaan Portugal itu dilihat menzahirkan rasa tidak puas hatinya apabila bertengkar dengan beberapa pemain lawan sambil menyifatkan mereka sengaja membuang masa.

"Anda tidak mahu bermain," katanya sambil menunding jari kepada muka pemain Al Feiha sebelum berjalan meninggalkan padang dan memasuki terowong.

Malahan pengendali, Rudi Garcia juga dilihat memasuki padang untuk bercakap dengan pengadil selepas keputusan buruk tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram