Sembang kencang #Zambual? Ini 3 individu turut terpalit isu dalaman TRW


  • Podium
  • Jumaat, 07 Apr 2023

Zamsaham merehatkan Moon-sik selepas kekalahan berterusan dan kesukaran komunikasi antara pemain dan barisan kejurulatihan. — Facebook/TRW Kelantan FC

SATU demi satu cerita keluar mengenai sikap pengurusan Kelantan FC yang didakwa bersikap tidak profesional terhadap para pemainnya dan termasuklah hal berkaitan pengendali Korea Selatan, Choi Moon-sik.

Semuanya bermula apabila ejen Moon-sik, Lee Jeong juga mendedahkan bahawa pengurusan skuad TRW memecat pengendali berkenaan tanpa berbincang dengan mereka, selain menyifatkan kelab Pantai Timur itu lebih teruk daripada pasukan amatur.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan juga mendedahkan bahawa para pemain pasukan tersebut juga berdepan masalah tunggakan gaji selama dua bulan.

Namun begitu, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman ataupun mesra dengan panggilan Zamsaham menafikan bahawa terdapat tunggakan gaji dalam kem Kelantan seperti yang didakwa oleh ejen dari Korea Selatan itu.

kelantan

Tangkap layar dari Jeong.

Belum reda dengan isu gaji dan penyingkiran Moon-sik, Jeong kembali lagi mendedahkan cerita baharu yang mana pengendali Kelantan FC itu sentiasa menjadi mangsa balingan botol dan makian bos Kelantan FC.

Selepas pendedahan berkenaan, muncul lagi dua individu yang mendakwa turut menjadi mangsa kepada isu dalaman di kem Kelantan FC dan antaranya ialah bekas kapten pasukan, Zubir Azmi.

Episod hitam Kelantan FC tidak berkesudahan lagi apabila beberapa individu yang turut terlibat dalam isu tersebut turut tampil meluahkan isi hati mereka. Berikut Majoriti menyenaraikan tiga individu yang menganggap Zamsaham hanyalah sembang kosong;

1) Jack Hindle

Pemain import Kelantan FC, Jack Hindle mendakwa bahawa pihak pengurusan Kelantan bersikap tidak profesional apabila lari daripada bertanggungjawab mengurus kebajikan pemain dan perkara itu terjadi kepada dirinya.

Menurut pemain dari England itu, pengurusan skuad TRW tidak menanggung kos pemulihan ketika dia dilanda kecederaan pada bahagian lutut sewaktu masih sah menyarung jersi TRW iaitu pada sekitar musim 2021.

"Saya kehilangan banyak duit sebab saya tidak dapat beraksi kerana masalah kecederaan pada lulut. Mereka layan saya macam sampah dan disebabkan itu, saya memutuskan untuk angkat kaki daripada kelab," katanya menerusi komen di Facebook.

WhatsApp Image 2023-04-06 at 23.05.40

Hantaran yang sudah dipadam Zamsaham.

Zamsaham bagaimanapun menegaskan bahawa kenyataan pemain berusia 29 tahun itu hanyalah berbaur fitnah semata-mata dan sebaliknya, Hindle yang terhegeh-hegeh merayu untuk kembali menyarung semula jersi Kelantan.

Pemilik Kelantan itu bagaimanapun sudah menurunkan hantaran di media sosial peribadinya tanpa sebarang penjelasan, sekali gus menimbulkan lebih banyak tanda tanya

Sebelum ini, Hindel pernah menawarkan diri untuk bermain bersama skuad TRW dan menurutnya, pemilik kelab tersebut turut menghubunginya untuk tujuan berkenaan.

2) Nixon Guylherme

Pemain import Brazil, Nixon Guylherme juga menjadi antara bekas tonggak Kelantan FC yang turut meluahkan isi hatinya susulan isu dalaman yang berlaku dalam kem skuada TRW terbabit.

Penyerang yang berusia 27 tahun itu tampil mempertahankan ejen Moon-sik dengan meninggalkan komen di hantaran yang dimuat naik oleh lelaki tersebut

komen nixon

Tangkap layar komen Guylherme. — Facebook

"Akhirnya ada yang berani menyatakan kebenaran. Ia agak memalukan kerana Kelantan FC adalah kelab yang besar," tulisnya di ruangan komen Facebook.

Sebelum disingkirkan dari skuad TRW, Niixon pernah memuat naik status di laman media sosialnya iaitu ‘mereka cuba hilangkan saya daripada terus menyinar tapi tidak dapat. Saya tidak lagi cedera’

Hantaran pada September 2022 itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong mengenai pihak yang mengehadkan minit dan aksi permainannya di atas padang meskipun tidak dilanda kecederaan.

3) Isteri Nurshamil Abd Ghani

Isteri kepada penyerang tempatan Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani tampil seperti memberi petunjuk bahawa 'ayam tambatan' TRW itu juga tidak terkecuali turut terpalit dengan tunggakan pembayaran gaji.

Malah, isteri pemain berusia 28 tahun itu juga seolah-olah memberi bayangan bahawa suaminya akan berhijrah ke pasukan lain kerana mendakwa sudah tidak tahan dengan sikap sambil lewa pihak pengurusan.

WhatsApp Image 2023-04-06 at 23.05.38

Tangkap layar isteri Nurshamil.

Wanita yang menggunakan nama akaun Instagram, aariz.arisha itu mewakili isi hati suaminya membuat hantaran ketika skuad TRW tewas 2-4 di tangan pasukan Negeri Sembilan FC pada 1 April lalu.

"Wow. Kebetulannya dapat nombor 2. Nombor dua bukan sinonim dengan..shhhhh. #ikyk. Tak sabar tunggu kepulangan awak (Nurshamil). ALLAH tahu semuanya. ALLAH Maha Baik. Banyak dah rezeki yang Dia bagi dengan kita.

"Tak boleh nak minta lebih tapi Alhamdulillah satu kaki awak dah melangkah ke depan. Semoga ALLAH makbulkan doa saya, mak dan anak-anak untuk kedua-dua kaki awak langkah ke hadapan. ALLAH pastinya dah sediakan segala-galanya untuk kita," kongsi isteri Nurshamil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram