KBS teliti isu buli siber pemain badminton negara


  • Podium
  • Rabu, 05 Apr 2023

Hannah menjangkakan lebih banyak aduan akan diterima oleh pihaknya apabila kesedaran mengenai Kod Sukan Selamat meningkat.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk gangguan dan penderaan yang ditujukan kepada atlet seperti yang berlaku kepada pemain badminton profesional negara, , Soong Joo Ven.

Menterinya, Hannah Yeoh akan meneliti ancaman siber terhadap pemain itu selepas tersingkir di pusingan kelayakan Madrid Spain Masters pada Selasa lepas.

Pemain nombor 51 dunia itu menerima mesej ugutan dan biadap di media sosial selepas tewas 21-19, 27-29, 16-21 kepada pemain Denmark, Magnus Johannesen pada pusingan kelayakan.

Hannah berkata, buli siber turut diliputi dalam Kod Sukan Selamat, yang merupakan garis panduan untuk mewujudkan persekitaran sukan selamat yang menjadi peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan dan penderaan.

"Kod Sukan Selamat adalah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat, ia meliputi ancaman dalam talian.

“Kami belum berbincang lagi dengan pegawai keselamatan kes ini, saya tidak tahu pun mengenai kes ini.

"Tetapi kita akan kaji selepas ini. Kita akan senaraikan cara untuk memudahkan (atlet) membuat aduan... jika ada aspek jenayah, polis akan siasat," katanya ketika pelancaran direktori kemudahan sukan di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Hannah juga menjangkakan lebih banyak aduan akan diterima oleh pihaknya apabila kesedaran mengenai Kod Sukan Selamat meningkat

"Mungkin, kes baru atau lama, kerana ada kesedaran, atlet akan tahu apa yang salah (selepas memahami kod). Kita mesti memastikan atlet dan jurulatih tahu undang-undang,"

"Bagi Kementerian Belia dan Sukan, apabila berlaku perlanggaran kod, kita boleh mengambil tindakan tatatertib dalaman. Pelaku mungkin tidak didakwa mengikut undang-undang tertentu tetapi badan sukan mungkin mengambil pendekatan proaktif terhadap mereka yang melanggar Kod Sukan Selamat.

"Ini akan memberi pelaku sesuatu untuk difikirkan sebelum mereka melakukan apa-apa kemudaratan terhadap atlet kita," katanya.

Dalam pada itu, Hannah berkata beliau akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mempercepatkan pelantikan jurulatih skuad berbasikal bukit (MTB), menggantikan jurulatih yang digantung berikutan laporan gangguan seksual.

Terdahulu, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengesahkan menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita MTB. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram