Rezal Zambery dilantik pengendali sementara, TRW buat kejutan sebelum sepak mula bertemu Sang Penyu


  • Podium
  • Selasa, 04 Apr 2023

Rezal pernah mengemudi pasukan Pantai Timur itu ke kedudukan kedua Liga Perdana 2022. — Facebook/TRW Kelantan FC

SELEPAS hanya mencatatkan satu kemenangan daripada lima perlawanan, pihak pengurusan Kelantan FC memilih untuk merehatkan ketua jurulatih, Choi Moon-sik.

Menerusi satu pengumuman di laman media sosial kelab, pembantu jurulatih, Rezal Zambery Yahya akan menggalas peranan pengendali sementara.

"TRW Kelantan FC telah melantik Coach Rezal Zambery Yahya sebagai Caretaker sementara setelah Coach Choi Moon-sik direhatkan daripada jawatan ketua jurulatih.

"Untuk makluman, Rezal pernah mengetuai pasukan TRW Kelantan FC pada musim lalu dan menjawat jawatan sebagai Penolong Ketua Jurulatih pada musim 2023," tulis kenyataan tersebut.

Perkara itu diumumkan kelab Pantai Timur itu beberapa minit sebelum aksi sepak mula antara skuad The Red Warriors (TRW) dan seteru terdekat mereka, Terengganu FC.

Ketika memegang jawatan sebagai pengendali pasukan, Rezal pernah membantu skuad Kelantan FC muncul sebagai naib juara Liga Perdana 2022.

Skuad TRW sedang berada di tangga ke-11 Liga Super dengan hanya empat mata yang berjaya dikumpul hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram