Risau patah hati lagi, fans TRW akhirnya lega import Brazil bakal ke kelab Pantai Timur lain


  • Podium
  • Selasa, 04 Apr 2023

Felipe dilepaskan TRW pada penghujung tahun lepas susulan masalah pretasi yang kurang memberangsangkan. — Instagram/Felipe

SEPERTI perasaan sudah tawar hati dengan bekas kekasih lama, begitulah juga keadaan yang boleh digambarkan perasaan segelintir penyokong Kelantan FC kini.

Perasaan lega tersebut hadir dalam kalangan penyokong The Red Warriors (TRW) selepas mendengar khabar angin bahawa bekas tonggak kelab itu tidak akan kembali ke Kelantan FC namun sebaliknya melencong ke kelab Pantai Timur lain.

Penyokong Kelantan enggan menerima Felipe Hereda kembali ke TRW kerana mereka tidak ingin pisang berbuah dua kali terutama jika dia menjadi beban dan memberi persembahan kurang memuaskan seperti musim lalu.

Disebabkan prestasinya yang kurang menyerlah ketika saingan Liga Perdana 2022, pihak pengurusan TRW mengambil keputusan untuk menggugurkan Felipe pada hujung tahun lalu.

“Tidak payahlah ambil dia ini. Main Liga Perdana bolehlah. Ini nak main Liga Super,” kata penyokong TRW, Emie KB.

“Badań saja cantik dia ini tapi malas lari,” komen seorang penyokong Kelantan, Daimend Forex Trader yang bersetuju Felipe tidak kembali ke TRW.

WhatsApp Image 2023-04-04 at 16.27.52

Felipe berhijrah ke Kelantan FC pada jendela perpindahan kedua musim lepas. — Instagram/Felipe

Kini, pemain dari Brazil, Felipe difahamkan akan kembali ke Liga Malaysia (Liga M) pada jendela perpindahan kedua selepas kontraknya bersama kelab Liga Serie D Brazil, Esporte Clube Democrata dijangka tamat pada Mei nanti.

Kelab Pantai Timur yang dikaitkan dengan pemain berusia 30 tahun itu ialah pasukan tercorot Liga Super musim 2023, Kelantan United FC (KUFC).

“Satu sumber kuat mengatakan Felipe Hereda akan kembali ke Liga Super. Felipe Hereda hanya ada kontrak singkat bersama Democrata sehingga Mei ini,” kongsi laman Palatao Bola.

Meskipun Felipe pernah melalui fasa buruk bersama skuad TRW namun tidak semestinya perkara sama akan menimpa pada skuad Kijang Hijau pada tahun ini.

Terutamanya selepas ini, pemain bertubuh sasa itu akan membawa pengalamannya beraksi bersama Democrata ke dalam permainan KUFC selepas perlawanan dia sah berhijrah ke pasukan ‘jiran’ skuad TRW itu.

Dengan kedudukan ‘nyawa-nyawa ikan’ skuad Kijang Hijau, pengendalinya, Tomas Trucha pasti menginginkan tonggak import berpengalaman untuk menjadi wira KUFC nanti.

Pasukan skuad Kijang Hijau kini sedang bergelut berada di tangga ke-14 dalam liga dengan tidak mencatatkan sebarang kemenangan, satu seri dan selebihnya KUFC kehilangan tiga mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram