[VIDEO] Panik, Sergio Aguero tiba-tiba terdiam ketika live akibat serangan jantung


  • Podium
  • Jumaat, 31 Mac 2023

Ketika bersiaran secara langsung, Aguero dilihat tiba-tiba berhenti bercakap dan memegang dadanya. — Agensi

BEKAS penyerang Barcelona dan Manchester City, Sergio Aguero mengalami serangan jantung ketika bersiaran langsung di Twitch pada Rabu.

Pada waktu kejadian, Aguero dilihat tiba-tiba berhenti bercakap dan memegang dadanya. Selepas seketika, pemain Argentina itu mengakui dia mengalami 'mini-arrhythmia'.

Streamer terkenal, Ibai Llanos yang bersamanya ketika siaran langsung itu sempat bertanyakan sama ada dia memerlukan bantuan perubatan namun ditolak.

Sebelum ini, Aguero terpaksa melupakan karier dan bersara awal dari dunia bola sepak ketika berusia 33 tahun kerana mengalami masalah jantung ketika bermain untuk Barcelona pada 2021.

Susulan daripada itu, badan Aguero kemudiannya dipasang dengan perentak jantung dan mengumumkan dia tidak boleh bermain bola sepak lagi.

Namun, baru-baru ini, dia membuat penampilan di kejohanan Kings League bersama bekas rakan sepasukan, Gerard Pique dan kerap memuat naik siaran langsung di saluran sosial medianya sendiri. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram