Moon-sik, Trucha selamat, TRW lantik Bernhardt sebagai Pengarah Teknikal


  • Podium
  • Sabtu, 25 Mac 2023

Bernhardt akan bertanggungjawab sepenuhnya memantau dan menilai unit kejurulatihan serta hal-hal yang berkaitan teknikal skuad TRW.

SELEPAS dikaitkan dengan beberapa pasukan yang sedang bergelut di Liga Malaysia (Liga M), hala tuju bekas ketua jurulatih skuad Bawah-23 (B-23) Tahun negara, Frank Bernhardt akhirnya terjawab.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi pasukan The Red Warriors (TRW) pada Sabtu, Bernhardt kini sah dilantik Pengarah Teknikal (PT) bagi menggantikan Nasir Yusuf.

Menurut hantaran tersebut, Bernhardt akan bertanggungjawab sepenuhnya memantau dan menilai unit kejurulatihan serta hal-hal yang berkaitan teknikal pasukan.

Bernhardt yang merupakan kelahiran Kiel, Jerman itu memililiki sijil kejurulatihan UEFA Pro daripada German Sport University di Cologne dan dia juga memiliki pengalaman menjadi pengarah teknikal di beberapa kelab.

Bekas pemain kelab Werder Bremen itu pernah pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Teknikal Estonia FA (2007 - 2012) dan Azerbaijan FA (2014 - 2017).

WhatsApp Image 2023-03-25 at 14.39.32

Bernhardt sah menjadi Pengarah Teknikal skuad TRW.

“Untuk makluman, perlantikan Pengarah Teknikal adalah salah satu syarat wajib dalam perlesenan kelab di bawah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Semoga perlantikan ini dapat memacu dan membantu TRW Kelantan FC ke arah lebih baik,” tulis hantaran tersebut.

Untuk rekod, kali terakhir Bernhardt terlibat dalam saingan Liga Super ialah pada musim 2021 ketika membimbing UiTM FC.

Namun jodohnya bersama skuad The Lion Tropps tidak bertahan lama apabila dia direhatkan oleh penguruskan pasukan pada Ogos selepas mempamerkan prestasi kurang memuaskan.

Dalam pada itu, dengan lantikan Bernhardt, status pengendali TRW, Choi Moon-sik dan juga ketua jurulatih Kelantan United, Tomas Trucha juga masih kekal mengemudi pasukan masing-masing.

Hal ini kerana, ketika kedatangan semula Bernhardt ke tanah air, ramai penyokong embuât kemungkinan bahawa dia akan menggantikan Thomas atau Moon-sik sebagai ketua jurulatih. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram