Empat game yang anda boleh main sementara tunggu waktu berbuka puasa


  • eSports
  • Sabtu, 25 Mac 2023

PUBG membolehkan anda main bersama rakan sementara menunggu untuk berbuka puasa. — Agensi

BULAN Ramadan sudah pun tiba, jadi mesti ramai yang dah pun buat persiapan untuk kurangkan aktiviti bermain game untuk fokus melakukan amal ibadah.

Ia supaya kita semua tidak membuang masa sehingga berjam-jam di siang hari dan terlupa untuk mengamalkan perkara-perkara sunat.

Tapi dalam masa yang terluang, pastinya kita akan curi sedikit waktu untuk bermain game yang santai di telefon pintar.

Mungkin sekadar 15 minit hingga 30 minit dah pun memadai.

Jadi apakah game sesuai untuk dimainkan sepanjang Ramadan ini?

Majoriti senaraikan empat game yang sesuai untuk anda bermain secara tenang tanpa menghabsikan masa yang terlampau banyak.

Badland

Badland. — Agensi

1. Badland

Walaupun permainan ini sudah agak lama, tapi mekanismenya masih relevan hingga kini dan boleh dimainkan sehingga empat orang.

Jadi inilah masanya kita semua rapatkan ukhwah main dengan rakan-rakan sementara tunggu berbuka!

Di tablet dengan paparan lebih luas, kawal bola hitam dan elak dari dilenyapkan mesin-mesin membunuh di sepanjang kembara.

Permainan ini bukanlah perlumbaan tapi mengajar korang erti kesabaran dan kebijaksanaan mengatasi halangan.

Candy Crush Saga. — Agensi

2. Candy Crush Saga

Rasanya tak perlu persoalkan lagi kenapa permainan mudah alih ini berada dalam kategori ini.

Ia masih relevan, popular dan sesuai dimainkan lelaki dan perempuan.

Kalau anda tengah dalam perjalanan nak balik rumah ataupun tunggu berbuka, mungkin boleh main game ini sementara menunggu tren tiba ke destinasi.

Selain itu permainan ini turut menguji minda, ia juga sesuai untuk ‘membuang’ masa anda dalam perjalanan pulang.

PUBG. — Agensi

3. PUBG Mobile/Fortnite

Permainan ini sesuai untuk anda yang ketagih bermain Battle Royale tapi tak ingin duduk terlalu lama di depan PC.

Caranya, mainlah dekat telefon pintar!

Di versi mudah alih ini, anda hanya perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk satu perlawanan.

Pada masa sama, boleh juga main bersama rakan yang tidak mempunyai PC di rumah.

Jadi sementara tunggu sahur atau berbuka mungkin boleh bermain satu atau dua game dulu.

Neko Atsume. — Agensi

4. Neko Atsume

Kalau yang jenis alahan pada kucing tapi sangat menyukai kucing, anda tak perlu risau!

Neko Atsume adalah permainan paling sesuai untuk anda bermain.

Hanya perlu letakkan makanan kucing di dalam mangkuk dan haiwan comel ini akan menemani anda di rumah.

Paling seronok, kucing-kucing ini akan berikan hadiah sebagai tanda penghargaan.

Permainan ini semestinya sesuai untuk dimainkan di mana-mana sahaja, sementara menunggu sahur ataupun berbuka puasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram