SALAH satu sasaran Manchester United adalah untuk menggantikan penjaga gol, David De Gea yang mana pengguguran pemain itu berpotensi menyelamatkan skuad The Red Devils daripada kehilangan berjuta-juta.
United yang sebelum ini difahamkan sedang menyediakan syarat baharu untuk De Gea kini berminat dengan pemain muda Anderlecht iaitu Bart Verbruggen, pemain dari Belanda itu juga diintai oleh Liverpool.
Pemain Sepanyol itu kekal nombor satu di Old Trafford dan kini dia ditawarkan gaji yang lebih rendah untuk melanjutkan tempoh kontraknya sehingga 2024, tetapi Red Devils kini terbuka untuk menggantikannya dengan penjaga gol baharu.
Diogo Costa adalah sasaran utama mereka namun dia kini sudah menandatangani perjanjian baharu dengan Porto pada November yang menaikkan klausa pelepasannya kepada €75 juta (RM359 juta).
Manakala, Verbruggen pula bernilai €1.4m (RM6.7 juta) yang mana jauh lebih murah daripada Costa tetapi harga mungkin melambung tinggi sekiranya dia membuat penampilan sulung di Belanda menentang Perancis pada Jumaat,
Namun terbaharu, Verbruggen tidak akan mendapat peluang untuk bermain kerana menjadi salah seorang daripada lima pemain yang dihantar pulang kerana sakit perut.
"Pemain Belanda iaitu Sven Botman, Cody Gakpo, Matthijs de Ligt, Joey Veerman dan Bart Verbruggen difahamkan mengalami keracunan makanan ketika makan malam Rabu," memetik laporan De Telegraaf.
Ronald Koeman, yang menggantikan Louis van Gaal sebagai ketua jurulatih Belanda pada Januari memanggil Stefan de Vrij, Ryan Gravenberch dan Kjell Scherpen sebagai pengganti mereka.
Dengan insiden yang melanda Verbruggen, tanda harga pemain itu berkemungkinan tetap sama dan kini ia boleh berakhir dengan kemenangan buat United untuk membelinya pada jendela perpindahan musim panas nanti dengan harga yang lebih menjimatkan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram