SEORANG pemain bola sepak profesional yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dilaporkan berdepan tuduhan serangan seksual untuk kali ketiga.
Perkara itu dilaporkan agensi media berpangkalan di United Kingdom, Daily Mail dengan mengatakan jenayah itu sebelum ini dilakukan pada 2021 dan 2022.
Tambah laporan itu, mangsa yang baharu membuat laporan kepada pihak polis di Hertfordshire, selatan England Februari tahun lalu.
Meskipun kenyataan pihak berkuasa enggan melaporkan identiti pemain berkenaan, Daily Mail membuat andaian bahawa individu berkenaan tinggal di utara London di samping bersama-sama negaranya ketika kempen Piala Dunia 2022.
Ketika ini, dia masih tidak dikenakan sebarang tindakan daripada kelab atau pihak berkuasa dengan siasatan masih dilakukan terhadap laporan berkenaan.
Sebelum ini, pemain Manchester City, Benjamin Mendy dan penyerang Manchester United, Mason Greenwood mengalami situasi sama dengan kedua-dua mereka ditahan atas tuduhan melakukan serangan seksual. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram