BULAN Ramadan pastinya satu bulan yang cukup bermakna buat umat Islam di seluruh dunia dengan ibadah berpuasa dilakukan selama 30 hari.
Bagi memeriahkan lagi sambutan, Liga Perdana Inggeris (EPL) mengambil keputusan untuk bersama-sama meraikan dengan lambakan pemain Muslim beraksi dalam liga ternama itu.
Menurut satu kenyataan pada Selasa, pihak pengurusan liga meminta supaya pengadil perlawanan menghentikan perlawanan bagi memberi peluang mereka berbuka puasa.
Selain memberikan mereka masa untuk mengambil minuman yang disediakan, pemain juga dinasihati mendapatkan makanan bersesuaian dengan diet masing-masing.
Pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah serta penyerang Manchester City, Riyad Mahrez merupakan antara pemain Muslim yang cukup disegani dalam EPL.
Pada 2021, pengadil perlawanan ketika aksi antara Leicester City dan Crystal Palace, Graham Scott turut bertindak demikian bagi memberi peluang kepada pemain berbuka puasa.
Tambahan pula, kapten Liverpool, Jordan Henderson juga pernah berkomunikasi dengan pengadil perlawanan sebelum aksi sepak mula mengenai bilangan pemain yang berpuasa dalam skuad The Reds.
Berdasarkan takwim awal, Ramadan dijangka akan disambut umat Islam seluruh dunia pada Khamis. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram