Saya pernah termuntah berlatih di bawahnya — Sikh Izhan


  • Podium
  • Isnin, 20 Mac 2023

Kecemerlangan Sikh Izhan menyaksikannya terpanggil ke dalam kem latihan skuad kebangsaan. — Facebook/Negeri Sembilan FC

PENJAGA gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman menjadikan tunjuk ajar jurulatihnya, Megat Amir Faisal Al Khalidi Ibrahim sejak menyertai skuad Jang sebagai titik tolak perubahan positif prestasinya musim ini.

Pemain pinjaman daripada Selangor FC itu terpilih mewakili skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan dan Hong Kong bulan ini.

"Sebenarnya saya agak terkejut. Selalunya saya bersedia dipanggil untuk pasukan Bawah 23 (B-23), tapi kali ini untuk skuad senior.

"Jadi saya rasa sangat teruja. Dia (Megat Amir) memang garang, berlatih sampai muntah. Saya tidak pernah melalui pra-musim yang sukar malah di Selangor pun tidak pernah diajar begini," katanya.

Produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu juga percaya terhadap kemampuan dirinya untuk keluar daripada bayangan Syihan Hazmi yang kini berkelana ke Johor Darul Takzim (JDT).

335812140_732435465100953_1156629695152712774_n

Sikh (kanan) mengakui Megat banyak membantu sepanjang kariernya. — Facebook/Negeri Sembilan FC

Ia menerusi peluang yang diberikan oleh pengendali, K. Devan, dalam beberapa perlawanan terdahulu dan aksi seterusnya.

"Penghijrahannya menjadi satu tamparan yang hebat buat Negeri Sembilan. Tugas ini agak berat dengan umur saya baru berusia 20 tahun.

"Pengalaman akan mematangkan saya dan saya akan cuba sehabis baik untuk Negeri Sembilan," katanya.

Sikh Izhan sebelum ini dibawa masuk ketika jendela perpindahan dengan harapan untuk mendapatkan minit permainan dalam Liga Super.

Prestasinya pernah dikritik ramai pihak apabila skuad Jang tumpas 0-7 di tangan JDT, namun ada yang tampil mempertahankan kebolehannya mengawal gawang gol. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram