Selain Tomislav kena bagi tunjuk sebab, seorang lagi coach Liga M mungkin 'direhatkan'


  • Podium
  • Ahad, 19 Mac 2023

Pengendali dari Croatia terpaksa memberikan surat tunjuk sebab ekoran prestasi hambar TFC dalam masa terdekat. —  Facebook/TFC

SITUASI menyingkirkan pengendali sudah sering berlaku dalam kancah liga domestik dan 'penyakit' tersebut kembali lagi pada awal musim ini dengan dikhabarkan terdapat seorang ketua jurulatih berkemungkinan akan direhatkan daripada mengemudi pasukan.

Seperti baru-baru ini, pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbrukner bakal diberikan surat tunjuk sebab oleh pihak pengurusan susulan prestasi pasukan yang semakin merosot dalam saingan Liga Super musim ini.

Selepas mengharungi lima perlawanan musim ini, pasukan Terengganu hanya mengutip empat mata hasil daripada satu kemenangan, satu keputusan seri dan selebihnya mengalami tiga kekalahan.

Memetik laporan daripada Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu, Ab Rasid Jusoh menerangkan bahawa pihak pengurusan Terengganu akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pengendali dari Crotia itu dalam masa terdekat.

Langkah tersebut diambil kerana ingin meminta penjelasan daripada Tomislav berhubung masalah prestasi yang mengganggu pasukan itu sehinggakan mereka terlepas 11 mata daripada perlawanan awal musim.

Selain Tomislav, terbaharu, seorang jurulatih Liga Super dikatakan akan menerima nasib yang sama seperti Tomislav dan mungkin lebih teruk lagi pengendali berkenaan mungkin akan digugurkan dari pasukannya sebelum pertengahan musim.

KUFC

Sebelum bersama KUFC, Trucha merupakan pengendali Penang FC musim 2020. — Facebook/KUFC

Perkara itu dikongsikan oleh wartawan sukan, Zulhelmi Zainal Azam menerusi laman Twitter miliknya yang mana menerangkan bahawa pengendali berkenaan gagal mencapai sasaran pihak pengurusan.

"Selesai lima perlawanan Liga Super, kedudukan seorang jurulatih dalam bahaya susulan gagal mencapai sasaran yang ditetapkan pihak pengurusan," kongsinya.

Ada penyokong mulai membuat spekulasi bahawa pengendali tersebut berkemungkinan adalah ketua jurulatih Kelantan United FC (KUFC), Tomas Trucha yang kini masih gagal untuk meraih sebarang kemenangan dalam lima perlawanan.

Rekod terbaik Kelantan United hanyalah meraih seri sewaktu menentang Perak FC dan selebihnya kehilangan tiga mata penuh perlawanan.

Bagaimanapun, ada juga penyokong tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak pengurusan yang terus sahaja membuat keputusan drastik menggugurkan jurulatih secara melulu.

"Kasihan nasib jurulatih di Liga Super Malaysia," kata penyokong, Shuhaimi.

"Dah memang, inilah Liga Malaysia," komen penyokong bola sepak tempatan, ameenynkeychick. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram