MENJELANG perlawanan kelayakan Euro 2023, pengendali England, Gareth Southgate akhirnya mengumumkan 25 pemain bagi memantapkan pasukan Three Lions pada kejohanan hujung bulan ini.
Dalam senarai tersebut, Southgate dilihat sanggup mengambil risiko dengan mengugurkan pemain bertaraf bintang yang juga tonggak pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold daripada pasukan tersebut.
Selain Arnold, pengendali kelahiran England itu juga tidak menyenaraikan pemain pertahanan Conor Coady dan Ben White, penyerang Callum Wilson dan Raheem Sterling yang cedera.
White adalah salah satu pertahanan yang dilihat sangat penting untuk diserap dalam skuad England kerana dia berada dalam prestasi yang baik bersama Arsenal musim ini sebagai pendahulu liga.
Tampil menjelaskan situasi berkenaan, Southgate mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak menyenaraikan Alexander-Arnold bagi pusingan kelayakan Euro 2023.
Menurutnya, bek kanan England, Alexander-Arnold kini mengalami kemerosotan prestasi bersama Liverpool dan disebabkan itu ianya tidak meyakinkan buat Southgate.
Memandangkan Liverpool bergelut pada musim ini, hasil serangan Alexander-Arnold juga semakin berkurangan dan dia hanya mempunyai tiga sumbangan gol setakat ini.
Dalam pada itu, bek kanan Chelsea, Reece James dan bek kiri Ben Chilwell terlepas Piala Dunia kerana kecederaan tetapi kembali ke skuad, bersama pemain pertahanan Crystal Palace, Marc Guehi.
Kejutan yang dilakukan Southgate apabila dia memilih penyerang yang tidak beraksi, Ivan Toney dari pasukan Bretford.
Toney dari Brentford, 27, adalah penjaring kedua terbanyak Inggeris dalam Liga Perdana musim ini dengan 16 gol, di belakang pemain Tottenham, Harry Kane.
Bagaimanapun, dia berdepan kemungkinan penggantungan daripada permainan itu setelah menerima melanggar peraturan pertaruhan Persatuan Bola Sepak.
England akan berkunjung ke Itali pada 23 Mac dan menjadi tuan rumah kepada Ukraine di Wembley pada 26 Mac.
Perlawanan itu akan menjadi perlawanan pertama England sejak mereka disingkirkan oleh Perancis pada suku akhir Piala Dunia pada Disember. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram