Selain kad merah, ada lagi badi hantui Perak FC


  • Podium
  • Khamis, 16 Mac 2023

Rata-rata penyokong turut mempersoalkan kualiti permainan yang ditampilkan oleh pasukan mereka. — Facebook/PerakFC

PERAK FC terus dihantui insiden layang kad merah membabitkan pemainnya ketika perlawanan Liga Super musim ini.

Pada perlawanan menentang Sri Pahang FC di Stadium Perak, Ipoh pada Khamis, skuad The Bos Gaurus terpaksa beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke-39 selepas pertahanannya, Nasrol Amri dilayangkan kad merah.

Ia berpunca daripada tindakannya yang menafikan peluang gerakan gol dimiliki penyerang Sri Pahang FC, Sergio Aguero.

Sebelum itu, Perak FC telah ketinggalan dua gol hasil daripada jaringan penyerang sensasi pihak lawan, Kpah Sherman pada minit ke-13 dan Stefani Brundo pada minit ke-37.

Sri pahang

Penyerang Perak FC, Christian Obiozor gagal memberikan impak positiff kepada skuad The Bos Gaurus. — Facebook/SriPahangFC

Pada separuh masa kedua, Perak FC dilihat masih mampu melancarkan beberapa siri serangan ke bahagian pihak lawan namun gagal menghasilkan sebarang percubaan gol.

Bagaimanapun, Sri Pahang FC berjaya menambah jaringan pada minit ke 73 menerusi Zuhair Aizat bagi membolehkan pasukannya menewaskan Perak FC dengan jaringan 3-0.

Dalam pada itu, selain mempersoalkan insiden kad merah yang berlaku dalam skuad The Bos Gaurus, rata-rata penyokong turut mempersoalkan kualiti permainan yang ditampilkan oleh pasukan mereka.

"Kad merah. penyerang kayu. Masalah utama Perak FC," kata Nashrick Nasir.

"Kata pemain bola profesional. Tapi asas bola ke laut. Main langsung tak ada idea. Dah berapa game. Sama je. Kutip kad merah memang handal," Mustaqim Yaakub.

"Kad merah, tiada komen. Pemain muda kalau kalah timba pengalaman boleh terima. Import serius kelaut," tulis M Raimi M Radzuan.

"DNA Bayer Munich dah nampak tu.. Pertahanan garisan tinggi, high pressing game. Cuma passing sahaja ke laut," ujar Annuar Hawari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram