Masih imbau insiden di Darul Makmur, tonggak Sabah azam bantu The Rhinos raih 3 mata


  • Podium
  • Jumaat, 17 Mac 2023

Daniel berhasrat untuk membantu Sabah meraih tiga mata pada aksi menentang Sabah FC. — Facebook/SabahFC

TONGGAK pertahanan Sabah FC, Daniel Ting meluahkan rasa tidak puas hati meskipun menjadi penjaring tunggal buat The Rhinos ketika menentang Pahang dalam perlawanan Liga Super mereka pada Ahad.

Kegembiraan jaringannya pertamanya itu diwarnai dengan sedikit rasa kecewa apabila skuad Sang Badak meninggalkan Stadium Darul Makmur dengan hanya satu mata selepas seri 1-1.

Daniel mendahului Sabah pada minit ke-14 sebelum penyerang Tok Gajah, Kpah Sherman menyamakan kedudukan untuk pasukan Gajah pada minit ke-26.

Pada aksi tersebut menyaksikan beberapa keputusan yang disifatkan tidak adil dilakukan oleh pengadil perlawanan, Nur Azriel Baharudin,.

Malah, Nur Azriel juga bertindak untuk melayangkan kad merah kepada jurulatih Datuk Ong Kim Swee kerana membantah keputusan pengadil.

Insiden tersebut membuatkan Daniel berhasrat untuk membantu Sabah meraih keputusan positif menentang Pulau Pinang di Stadium Likas di Kota Kinabalu pada Jumaat.

WhatsApp Image 2023-03-17 at 11.43.32

Daniel sewaktu perlawanan menentang Sri Pahang. — Facebook/SabahFC

''Memang bagus untuk menjaringkan gol menentang Pahang tetapi saya mengharapkan keputusan berbeza pada akhir perlawanan.

“Kami mempunyai dua penalti jelas yang tidak diberikan oleh pengadil.

“Kini, kami berazam untuk mendapatkan mata penuh menentang Pulau Pinang, “ kata pemain yang berusia 30 tahun itu.

Sementara itu, jurulatih Pulau Pinang Chong Yee Fatt mengakui mereka berada di bawah tekanan yang besar untuk meraih kemenangan pertama mereka musim ini.

“Dua mata daripada empat perlawanan tidak cukup bagus dan kami perlu melakukan lebih baik,'' katanya.

Sabah di tangga kedua liga dengan 10 mata manakala Pulau Pinang di tangga ke-11 dengan dua mata. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram