'Dulu sedekat nadi, kini lebih jauh dari bumi dan matahari', kapten Perak FC luah rasa sedih kehilangan ayah tercinta


  • Podium
  • Khamis, 16 Mac 2023

Hafizal menguruskan pengebumian arwah ayahnya yang meninggal dunia pada Selasa lepas. — Instagram

SIAPA yang tidak sedih dan berduka apabila ada ahli keluarga terdekat meninggal dunia lagi-lagi individu itu merupakan ibu atau ayah kita.

Begitulah perasaan yang ditanggung oleh kapten pasukan Perak FC, Muhammad Hafizal Muhammad @ Alias ketika ini yang masih sedih selepas dua hari kehilangan ayahnya.

Tonggak bek pertahanan The Bos Gaurus itu membuat posting di Insta Story pada Khamis meluahkan rasa kehilangan atas pemergian bapa tercinta yang dijemput Ilahi pada Selasa lepas.

WhatsApp Image 2023-03-16 at 12.48.17

"Perginya seorang yang bernama ayah. Sebelum ini aku dan ayahku sedekat nadi, tapi lihatlah sekarang bahkan kami lebih jauh dari bumi dan matahari.

"Semoga ayah tenang di sana. Al-Fatihah," katanya dalam coretan ringkas itu.

Perak Football Club turut menzahirkan ucapan takziah kepada Hafizal sekeluarga atas pemergian arwah ayahnya.

"Kami di Perak FC ingin merakamkan salam takziah buat kapten pasukan, Muhammad Hafizal Bin Muhamad @ Alias sekeluarga di atas pemergian ayah yang tercinta petang tadi (Selasa).

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan yang beriman. Al-Fatihah," tulisnya.

Majoriti juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat Hafizal sekeluarga.

Hafizal juga merupakan bekas pertahanan Terengganu FC dan antara 12 pemain yang tidak disambung kontrak bersama skuad kendalian Tomislav Steinbruckner musim ini.

Untuk rekod, Perak FC akan melayani kunjungan Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram