PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyedari bahawa The Reds bukan pasukan pilihan namun akan sentiasa cuba untuk menghasilkan keajaiban dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bagi menentang Real Madrid di Stadium Bernabeu, Sepanyol pada awal pagi Khamis.
Anak buah Klopp ketinggalan 2-5 dari perlawanan pertama pusingan 16 terbaik di Anfield tetapi mereka memilik sejarah bangkit daripada kekalahan dengan menterbalikkan defisit tiga gol pada peringkat separuh akhir ketika menentang Barcelona empat tahun lalu.
Beraksi sebagai pasukan pelawat boleh membuatkan Liverpool agak susah untuk menembusi gawang Madrid tetapi jurulatih dari Jerman itu akan cuba untuk memenangi perlawanan itu selepas terkesan dengan kakalahan di Anfield.
Liverpool yang dahulunya mendahului 2-0 dalam perlawanan pertama bagaimanapun gagal untuk menghalang serangan pemain Madrid dan akhirnya lima jaringan berhasil dicetak oleh anak-anak buah Carlo Ancelotti.
“Saya gembira berada di sini. Jika hanya ada satu peratus peluang saya ingin mencubanya. Kami di sini untuk bermain lawan yang sangat kuat dan cuba memenangi perlawanan.
"Walaupun sukar tetapi mungkin kami dapat laluinya. Kami menghormati pertandingan dan pasukan lawan terlalu dan tidak sabar menantikan perlawanan itu.
“Kami bukannya datang untuk memberi amaran kepada Madrid 'berhati-hati, kami akan datang'. Saya rasa 100 peratus orang menganggap kami (Liverpool) tiada peluang. Jika saya seorang sahaja yang fikir kami mempunyai sedikit peluang, saya tidak apa-apa.
"Kami bukan pasukan pilihan. Real Madrid mendahului 3-0 tetapi ia adalah bola sepak dan kami akan cuba mencubanya. Kami tidak mempunyai apa-apa kerugian jadi itu adalah situasi yang lebih baik daripada sudah mempunyai segala-galanya dan alami kerugian," kata Klopp. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram