Arsenal bakal juarai EPL jika menang 3 perlawanan seterusnya — Legenda The Gunners


  • Podium
  • Ahad, 05 Mac 2023

Arsenal akan berhadapan Fulham di tempat lawan pada Ahad depan, sebelum beraksi di tempat sendiri menentang Crystal Palace dan Leeds United. — Agensi

DALAM perlawanan yang berpotens menjadi penentu dalam perebutan kejuaraan, Arsenal bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk memperoleh kemenangan ke atas pasukan diancam penyingkiran, Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Jaringan di penghujung perlawanan pada minit ke-97 oleh pemain sayap kanan Arsenal, Reiss Nelson membolehkan pasukan itu menang dengan jaringan 3-2.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad berpangkalan di London itu bejaya mengekalkan kelebihan lima mata ke atas Manchester City di puncak liga yang menewaskan Newcastle 2-0 pada perlawanan awal Sabtu ketika musim masih berbaki 12 perlawanan.

Pundit Sky Sports yang juga bekas penyerang The Gunners, Paul Merson percaya Arsenal bakal menjadi juara selepas kemenangan tersebut terutamanya jika mereka dapat mencatatkan kemenangan dalam tiga perlawanan liga seterusnya.

Arsenal akan menentang Fulham di tempat lawan pada Ahad depan, sebelum beraksi di tempat sendiri menentang Crystal Palace dan Leeds United.

"Saya rasa mereka akan memenangi liga," kata Merson pada program Soccer Saturday.

"Mereka dijangka akan terus dengan prestasi kemenangan dan kita tidak tahu bila mereka bakal dikalahkan. Ia adalah empat (kemenangan Liga Perdana) dalam masa singkat dan anda perlu ingat pasukan mereka perlu hadap sebelum mula memenangi perlawanan itu.

“Mereka tewas 1-0 di Villa selepas 10 minit apabila mereka tidak menang selama tiga perlawanan, baru sahaja ditewaskan oleh Man City dan mereka bangkit.

"Mereka beraksi dengan cemerlang dan tiga perlawanan seterusnya akan menentukan bagi saya. Jika mereka memenanginya, saya tidak nampak bagaimana mereka tidak memenanginya," ujarnya.

Paul berkata, Bournemouth mempunyai peluang lebih baik dalam beberapa tempoh ketika perlawanan tersebut namun gagal untuk menghasillkan hantaran yang tepat semasa melakukan serangan balas.

"Apa yang saya suka tentang Arsenal ialah mereka terus majuApabila bola masuk ke dalam kotak, tidak terlalu ramai pemain di dalam kotak, mereka lebih banyak berada di luar kotak untuk memastikan tekanan terus dapat dilakukan.

"Bila bola dikeluarkan pihak lawan daripada kotak penalti, di situ mereka sekali lagi mendapatkan penguasaan dan kembali melancarkan asakan," katanya. —Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram