Saya ada 5 juta sebab mampu kalahkan Manchester United — Klopp


  • Podium
  • Sabtu, 04 Mac 2023

Adakah Klopp sengaja melakukan serangan minda terhadap seteru EPL mereka itu? — Agensi

LIVERPOOL mencatatkan satu rekod yang cemerlang apabila tidak pernah tewas di tangan Manchester United di laman sendiri sejak 2016.

Dalam tempoh tersebut, The Reds berjaya menempa pelbagai kenangan yang bermakna apabila mereka menjulang kejuaraan demi kejuaraan sementara seteru utama mereka itu bergelut.

Namun, musim ini, nasib kedua-dua kelab dilihat cukup berbeza apabila Manchester United berada di kedudukan ketiga manakala Liverpool bergelut di tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Oleh itu, pertemuan antara dua gergasi bola sepak antarabangsa di Stadium Anfield, England pada Isnin itu pastinya akan menarik ribuan penonton dari seluruh dunia.

Bagi memberi kelebihan buat anak-anak buahnya, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mula merancang serangan minda menerusi satu kenyataan di media baru-baru ini.

WhatsApp Image 2023-03-04 at 13.56.03

Pertemuan kedua-dua pasukan pada awal musim lalu menyaksikan The Red Devil membawa pulang tiga mata berharga. — Agensi

"Satu hari nanti, apabila pertembungan kedua-dua pasukan ini sudah tidak lagi ditunggu-tunggu, pasti ada kesilapan daripada mana-mana pihak.

"Bola sepak merupakan satu tarikan yang cukup unik kerana orang ramai akan menyaksikannya untuk 95 atau 98 minit. Saya juga tidak terkecuali. Jadi, saya pasti mahu mencatatkan kemenangan supaya saya tidak malu apabila berdepan pihak lawan," katanya.

Tambah pengurus kelahiran Jerman itu, tiada kata-kata positif yang sesuai untuknya menggambarkan Manchester United dengan menegaskan bahawa dia cukup teruja untuk menewaskan lawannya dalam perlawanan itu nanti.

"Saya ada kira-kira lima juta sebab yang boleh diberikan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kami dalam perlawanan yang amat saya nantikan itu," katanya.

Ketika ini, The Reds hanya memerlukan enam mata untuk merapatkan jurang antara mereka dengan pasukan di tangga keempat, Tottenham Hotspur untuk melayakkan diri ke pentas Liga Juara-juara UEFA musim depan.

Awal musim lalu, pertembungan kedua-dua kelab berkenaan menyaksikan skuad kendalian Erik Ten Hag membawa pulang tiga mata berharga selepas kemenangan 2-1 dicatatkan mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram