Man United paling realistik buat penyerang prolifik Spurs


  • Podium
  • Jumaat, 03 Mac 2023

Kane (tengah) menjaringkan 18 gol daripada 25 penampilan terakhir dalam EPL. — Agensi

BEKAS kapten Manchester United, Gary Neville percaya penyerang Spurs, Harry Kane perlu meninggalkan kelab untuk menyertai The Red Devils seandainya dia mahu memenangi trofi dalam kariernya.

Menurut Neville, dia percaya, Man United merupakan destinasi paling realistik buat penyerang prolifik tersebut.

Pemain berusia 29 tahun itu melalui musim yang produktif, di mana dia menjaringkan 18 gol daripada 25 penampilan terakhir dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun, dia masih belum dapat memenangi sebarang gelaran utama bersama Spurs, yang tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas kepada Sheffield United.

Gary-Neville

Neville berkata, Kane dirasakan boleh berhijrah ke kelab berkenaan atau Man City. — Agensi

Bahkan, Kane mengatasi Jimmy Greaves sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman di Spurs, namun belum berpeluang menjulang piala pada usia 29 tahun.

Bercakap kepada Sky Sport News, Neville yang juga bekas pertahanan Man United berkata, Kane dirasakan boleh berhijrah ke kelab berkenaan atau Man City.

"Dia seorang pemain yang luar biasa, seorang profesional yang hebat dan saya fikir, jika Harry Kane mahu meninggalkan kelab itu dan anda boleh membawanya ke salah satu kelab Man United atau City, saya fikir dia akan mengambil peluang itu," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram