PERSEMBAHAN Liverpool ketika aksi menentang Real Madrid dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim ini dianggap sebagai memalukan selepas tumbang 2-5 di Anfield, Liverpool pada awal pagi Rabu.
Kekalahan itu merupakan kali pertama The Reds dibolosi lebih empat gol di laman sendiri ketika saingan peringkat Eropah.
Darwin Nunez dan Mohamed Salah memanfaatkan kesilapan awal Thibaut Courtois untuk memacu pendahuluan 2-0 dalam tempoh 15 minit pertembungan pertama pusingan 16.
Gol Nunez terhasil seawal minit ke-4 perlawanan selepas menyambar hantaran lolos daripada Mohamed Salah untuk memastikan kedudukan 1-0.
Mohamed Salah kemudian menggandakan kedudukan menjadi 2-0 selepas mengambil peluang terhidang atas kesilapan Curtois yang gagal mengawal bola dengan baik lalu membolehkan Salah mudah menolak masuk bola ke gawang Real Madrid.
Eder Militao menjaringkan gol ketiga Real Madrid ketika aksi pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool. — Agensi
Begitupun, juara bertahan Eropah itu bangkit dengan bergaya menerusi dua jaringan Vinicius Junior dengan salah satunya akibat kesilapan penjaga gol Liverpool, Alisson Becker.
Allison yang cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya namun terkena Vinicius sekali gus membolehkan pemain itu menyamakan kedudukan menjadi 2-2. Eder Militao meletakkan anak Carlo Ancelotti di depan manakala dua penyudah Benzema selepas itu memastikan kemenangan buat juara bertahan itu.
Susulan insiden tersebut, Allison menjadi bahan troll para penyokong Real Madrid kerana membuat kesilapan sama yang terlebih dahulu dilakukan Courtois pada babak pertama perlawanan.
Seorang pemerhati bola sepak BT Sport, Steve McManaman menyifatkan kesilapan Courtois boleh disamakan seperti persembahan bekas penjaga Liverpool, Loris Karius pada 2018.
Namun nasib Allison lebih memalukan kerana membiarkan Real Madrid merobek gawang dengan sewenang-wenangnya.
"Allison dan Courtois membuat tribute kepada Karius. Mereka menonjolkan sisi Karius dalam diri masing-masing," kata penyokong.
Karius membaling bola terus kepada Benzema pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2018. — Agensi
Karius yang menyertai Newcastle United musim ini cukup terkenal di England kerana aksi buruknya ketika Liverpool tewas 1-3 kepada Real Madrid pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2018.
Dia dipersalahkan atas gol pertama dan ketiga apabila membaling bola terus kepada Karim Benzema pada minit ke-50 sebelum entah bagaimana membenarkan rembatan Gareth Bale untuk jaringan ketiga.
Pemain berusia 29 tahun itu tidak pernah diturunkan untuk The Reds selepas insiden berkenaan.
Selepas ini, Real Madrid yang memiliki kelebihan agregat akan bertemu Liverpool dalam aksi timbal balik pusingan 16 pada pertengahan bulan depan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram