KEDAH Darul Aman (KDA) FC akhirnya berjaya keluar daripada badi kekalahan musim lepas dengan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Perak FC pada aksi pertama Liga Super Malaysia di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu.
Pada awal perlawanan Kedah dilihat sedikit bergelut selepas skuad di bawah pasukan Datuk Lim Teong Kim terlebih dahulu mengejutkan Sang Kenari dengan jaringan pembukaan seawal minit ketiga dari Mohamad Ikhwan Hafizo.
Bagaimanapun, Kedah kembali mengatur serangan dan hasilnya skuad Hijau Kuning berjaya menyamakan kedudukan dengan cetakan dari penyerang kebangsaan, Lee Tuck pada minit ke-17.
Permainan Perak yang agresif menyebabkan dua pemain skuad Seladang dilayangkan kad merah iaitu Ahmad Haziq Ahmad Puad dan Sunday Afolabi pada minit ke-32 serta 78.
Anak-anak buah Nafuzi Zain mula berpesta gol dengan sepakan penalti daripada Wilian Lira susulan kekasaran yang dilakukan ke atas ketua pausan KDA FC, Manuel Ott.
Selepas Lira, giliran pemain tempatan, Muhammad Ariff Farhan menambah akaun gol Kedah hasil sepakan dari luar kotak penalti pada minit ke-84.
Penyerang import Brazil, Jonathan Balotelli menyempurnakan pesta gol Kedah dengan gol keempat dengan larian dari sebelah kanan secara solo dan menewaskan penjaga gol Perak, Tian Keat See.
Tuck diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan pada Sabtu itu. — Facebook/KDAFC
Insiden dua kad merah itu boleh menjadi pengajaran buat skuad Perak yang rata-ratanya dibarisi pemain muda agar lebih matang dan tidak terlalu emosi ketika perlawanan.
Pada awalnya perlawanan sulung kedua-dua pasukan itu menyaksikan Perak mampu bersaing dengan KDA FC namun kekerasan demi kekerasan yang dilakukan membunuh mereka sendiri.
Skuad Sang Kenari akhirnya berjaya menemui cara untuk menewaskan pasukan lawan yang beraksi dengan kekurangan pemain.
Jika diimbau pada musim lalu, Kedah pernah beraksi dengan 10 pemain Johor Darul Takzim (JDT) namun kemenangan tidak berpihak kepada Sang Kenari.
Kemenangan pertama Kedah ini patut diraih namun jangan terlalu perlu bersedia untuk perlawanan di Stadium Darul Aman menentang Terengganu FC pada Rabu ini.
Rata-rata penyokong berharap agar stadium keramat Kedah itu akan dipenuni dengan lebih 10,000 penyokong Hijau Kuning sebagai tanda sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.
"Akhir sekali, hangpa jangan ceroi na rabu ni 10 ribu ke atas baru la Kedah Darul Aman meriah,” tulis penyokong KDA FC.
Pemain ke-12 Hijau Kuning berharap rentak kemenangan dapat diteruskan dan memperoleh tiga mata penuh pada perlawanan seterusnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram