'More than a manager', TMJ beri 'hint' ketuai FAM


  • Podium
  • Selasa, 21 Feb 2023

Tangkap layar hantaran Instagram Story TMJ berkaitan FAM dan Harimau Malaya pada Selasa. — Instagram

PEMILIK Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan baginda akan terlibat secara langsung dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sendiri sebelum ini tidak menolak kemungkinan TMJ menjadi pengurus baharu Harimau Malaya walaupun pernah menyatakan bahawa baginda tidak berminat memegang sebarang jawatan dalam pasukan negara termasuk sebagai pengurus skuad kebangsaan.

TMJ berkongsi perkara itu di Instagram Story miliknya pada Selasa dengan memuat naik sekeping foto penyerahan jersi Harimau Malaya dengan nama 'TMJ' oleh Hamidin.

Baginda memuat naik kapsyen, "Not a manager... 'more than a manager' (Bukan sebagai pengurus... 'lebih daripada seorang pengurus')," tulisnya.

Menerusi satu entri lain, TMJ memuat naik klip baginda turun daripada sebuah kereta mewah Aston Martin DBX 707 berwarna kuning dengan kapsyen ringkas, "March...HM."

KUALA LUMPUR, 11 Jun -- Pemain Harimau Malaya Arif Aiman Hanapi diasak oleh pemain Bahrain Rashed Khalil Alhooti pada Perlawanan Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.Keputusan penuh Malaysia 1 - 2 Bahrain.
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Arif Aiman antara pemain kebangsaan yang menjadi pilihan TMJ dalam projek baharunya.

Baginda turut memuat naik tanda pagar #whatcanyoudo pada kedua-dua hantaran IG Story berkenaan.

Besar kemungkinan, perkongsian TMJ itu merujuk kepada projek baharu yang mahu dilaksanakan baginda musim ini.

Pemilik Harimau Selatan itu sudah beberapa kali menghantar 'isyarat' akan melaksanakan satu projek dengan memasukkan dua pemain bintang JDT yang juga pemain kebangsaan iaitu Arif Aiman Hanapi dan Syamer Kutty Abba.

Malaysia's midfielder Syamer Kutty Abba jumps over Indonesia's forward Ricky Fajrin Saputra during the 2022 World Cup-2023 Asian Cup second-round qualifying Group G match at the National Stadium in Bukit Jalil, November 19, 2019. GLENN GUAN/The Star

Ada kemungkinan projek baharu TMJ merujuk kepada penyertaan semula Syamer dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi kempen Piala Asia 2023.

Mungkin projek berkenaan bakal memasukkan lebih ramai pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya memandangkan skuad kebangsaan di bawah bimbingan Kim Pan-gon akan mengharungi kempen Piala Asia 2023 di Qatar nanti.

Sebelum ini, TMJ juga sudah membuka pintu kepada Harimau Malaya untuk bermain di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor selepas gelanggang pasukan kebangsaan, Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup untuk kerja-kerja penanaman rumput baharu jenis Zeon Zoysia bagi menggantikan rumput lembu (cow grass).

Buat sementara waktu, SSI akan menjadi venue rasmi aksi persahabatan Harimau Malaya yang bakal menerima kunjungan Turkmenistan pada 23 Mac dan Hong Kong (28 Mac). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram