PENYINGKIRAN Sarawak United daripada Liga Super menyaksikan mereka terpaksa beraksi dalam kancah Liga M3 seperti mana yang diumumkan Liga Bolasepak Amatur (AFL) baru-baru ini.
Kelab yang terpalit dengan isu gaji sepanjang 2022 itu menerima kritikan ramai, termasuk beberapa luahan dan kekecewaan daripada individu dan perbadanan bebas.
Malah, sejak penutupan tirai Liga Malaysia musim lalu, beberapa bekas pemain juga tidak teragak-agak untuk mendedahkan isu sebenar di sebalik kemelut itu.
Baru-baru ini, bekas kapten pasukan, Uche Agba menjadi antara individu terkini untuk meluahkan perasaannya terhadap pihak pengurusan skuad Ngap Sayot.
Uche Agba jelas kecewa dengan sikap lepas tangan pihak pengurusan Sarawak United. — Facebook/MFL
"Apabila anda gagal untuk merancang, anda merancang untuk gagal. Anda semua sudah menunjukkan rasa tidak hormat kepada rakyat Sarawak dan seakan-akan mempermainkan seluruh negeri.
"Dengan penuh rasa hormat terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak, Datuk Posa, terhadap kerajaan negeri serta kuasanya untuk menggunakan nama Tuhan dengan tidak mengecewakan mana-mana pihak untuk menyelesaikan isu gaji," katanya.
Perkara itu diluahkan Agba menerusi satu komen di ruangan Instagram peribadinya yang menerima pelbagai reaksi daripada penyokong Sarawak United.
Selain berdepan tindakan penyingkiran oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), pasukan Borneo itu juga terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam kempen Piala Malaysia 2022. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram