Elon Musk sedia labur RM21.1 bilion beli kelab EPL


  • Podium
  • Selasa, 14 Feb 2023

Individu kedua terkaya di dunia itu pernah menyatakan minatnya terhadap Manchester United. — Agensi

PEMILIK syarikat terkemuka dunia, Elon Musk dilaporkan berminat untuk mendapatkan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United.

Meskipun tiada laporan rasmi daripada Musk mengenai isu itu, beberapa akhbar ternama seperti Daily Mail seakan-akan mengesahkan perkara tersebut.

Sebelum ini, usahawan kelahiran Afrika Selatan tersebut pernah mencuri perhatian penyokong bola sepak tempatan apabila mengesahkan bahawa dia cukup meminati The Red Devils sejak kecil lagi.

Perkara itu adalah sebagai respons terhadap seorang pengguna Twitter yang mengalu-alukan kehadirannya sebagai pemilik kelab selepas tidak yakin dengan pihak pengurusan ketika ini.

59-598437_old-trafford-wallpaper-manchester-united-corner-flags

Saham terbesar Manchester United dilaporkan sedia untuk dilepaskan dalam masa terdekat. Agensi

Bagaimanapun, Musk pantas mengeluarkan kenyataan bahawa dia hanya berseloroh mengenai ciapan itu, sekali gus menghampakan jutaan peminat Manchester United.

Juara 13 kali EPL itu difahamkan bakal dilepaskan pemegang saham terbesar kelab, keluarga Glazer dengan bidaan secara terbuka bakal ditutup pada Jumaat ini.

Sejak berita mengenai penjualan itu tular, beberapa pihak mula menyatakan minat, termasuk jutawan berpangkalan di Qatar dan Amerika Syarikat.

Dalam masa sama, laporan antarabangsa turut menyebut Musk bakal menyediakan dana sebanyak RM21.1 bilion (£4.5 bilion) untuk menjadi pemilik Manchester United. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram