Messi, Mbappe antara nama diumum finalis Anugerah Pemain Terbaik 2022


  • Podium
  • Sabtu, 11 Feb 2023

Anugerah tersebut pastinya direbut ramai pemain selepas satu tahun yang cukup meriah. — Agensi

BADAN induk bola sepak pada Jumaat mendedahkan senarai finalis Anugerah Terbaik FIFA 2022, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kapten Real Madrid, Karim Benzema dan bintang sensasi Paris Saint Germain, Lionel Messi dan Kylian Mbappe disahkan sebagai calon utama untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik 2022.

Senarai pemain wanita pula termasuk Beth Mead dari Arsenal, Alexia Putellas dari Barcelona dan Alex Morgan dari San Diego Wave.

Penyerang Tottenham dari Brazil, Richarlison, Dimitri Payet dari Olympique Marseille dan pemain yang telah menjalani amputasi Marcin Oleksy dari pasukan Poland, Warta Poznan diplih sebagai finalis untuk Anugerah Puskas.

Pemenang akan dinobatkan pada majlis khas yang akan diadakan pada 27 Februari di Paris, Perancis. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram