Bekas tonggak Sepanyol, 'tanker' Korea Selatan diumum import baharu Kelantan


  • Podium
  • Sabtu, 11 Feb 2023

Nuha Marong sebelum ini pernah beraksi bersama kelab Sepanyol, Ucam Murcia. —Instagram/NuhaMarong

KELAB bola sepak Kelantan FC sah mendapatkan khidmat dua pemain import dari Korea Selatan dan Gambia menjelang saingan Liga Super 2023 yang dijadual bermula 24 Februari ini.

Kelantan FC dalam kenyataan memaklumkan dua pemain import itu ialah Nuha Marong Krubally, 29, dari Gambia dan Kim Ming-kyu, 24, dari Korea Selatan.

pemain baru

Kelantan FC memaklumkan dua pemain import itu ialah Nuha Marong (kanan) dan Ming-kyu (kiri). — Facebook/KelantanFC

"Nuha Marong akan bermain di posisi penyerang dan Ming-kyu pula bermain di bahagian pertahanan. Kedua-kedua pemain import ini menandatangani kontrak bersama pasukan selama semusim," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Menurut Kelantan FC, Nuha Marong memiliki pakej yang baik sebagai penggempur utama pasukan kerana mempunyai pengalaman bermain di peringkat kebangsaan bersama skuad Sepanyol Bawah 21 Tahun dan pasukan Gambia.

"Pengalaman dia begitu berharga dan ketajaman beliau akan memberikan impak positif dalam skuad musim ini.

"Selain itu, peranan Ming-kyu sebagai benteng akhir amat diperlukan untuk membantu skuad Kelantan FC kerana memiliki pengalaman luas bersama skuad kebangsaannya," menurut kenyataan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

sukan, bola sepak, Nuha Marong, Kim Ming Kyu