Bukan pemain, ada sebab lain Bojan Hodak 'pressure' jumpa Perak


  • Podium
  • Jumaat, 03 Feb 2023

Bojan mengakui bahawa penyokong Perak FC memberi tekanan untuk skuad The City Boys mengekalkan kejuaraan kejohanan itu. —Facebook/KLCityFC

AKSI pramusim pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC dan Perak FC bakal diteruskan dengan kejohanan tahunan skuad Warga Kota iaitu Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 pada Sabtu ini.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Cheras, Kuala Lumpur itu dilihat bakal menjanjikan aksi yang menarik dengan pasukan lawan, skuad The Bos Gaurus (TBG) akan tampil dengan barisan pemain muda dan skuad The City Boys pula mempertaruhkan beberapa import baharu berkualiti seperti Herlison Caion.

Mengulas mengenai aksi pada Sabtu itu, pengendali KL City, Bojan Hodak mengakui bahawa penyokong Perak FC memberi tekanan untuk skuad The City Boys mengekalkan kejuaraan kejohanan itu.

Bagaimanapun, Bojan tidak menolak bahawa ia akan menjadi perlawanan yang menarik dengan kehadiran daripada penyokong skuad TBG di stadium keramat skuad Warga Kota.

BOJAN

Bojan sewaktu ditemui dalam sidang media Piala Menteri Wilayah Persekutuan pada Jumaat di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat. — Facebook/KLCityFC

"Dengan penyokong mereka yang ramai, mereka antara kelab popular. Ia pasti beri tekanan. Tapi akan menarik dan saya menantikannya.

"Masih awal untuk tahu siapa yang bahaya. Mereka (Perak FC) banyak bakat muda. Kami harap akan lebih menang," katanya ketika ditemui dalam sidang media Piala Menteri Wilayah Persekutuan pada Jumaat di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pengendali berusia 51 tahun itu juga sempat mengulas kepulangan Datuk Lim Teong Kim di kancah bola sepak tanah air.

"LTK ada imej yang baik. Dia (LTK) juga banyak pengalaman dengan NFDP, menjadi jurulatih di Bayern. Jadi Liga Super jadi lebih seronok dengan kehadirannya," tambahnya.

Untuk rekod, Teong Kim menandatangani kontrak lima tahun dengan Kementerian Belia dan Sukan sebagai Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) pada 2013.

Kemudian pada 2016, beliau diberikan kepecayaan untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram