Misi berdepan The City Boys, 2 bintang Perak FC kongsi mesej 'deep' 


  • Podium
  • Jumaat, 03 Feb 2023

Afolabi dan Hadi Fayyadh antara dua tonggak penting skuad Seladang musim ini. — Facebook Perak FC

PERAK FC akan terus menguji kekuatan pasukan menerusi pertemuan dengan KL City pada aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan pada Sabtu di Stadium Cheras Kuala Lumpur.

Skuad The Bos Gaurus (TBG) sebelum ini menghadapi tentangan daripada Penang FC ketika perlawanan persahabatan dalam aksi pramusim kempen Liga Malaysia 2023 yang menyaksikan pasukan tersebut tewas 0-1.

Tatkala kebanyakan kelab lain memborong tonggak import masing-masing, Perak FC selesa mempertaruhkan tiga import termasuk dua pemain sedia ada yang dikekalkan dari tahun lalu iaitu Sunday Afolabi dan Luciano Guaycochea.

327322630_900308987982301_8890875290290482735_n

Obiozor diperkenalkan sebagai penyerang import baharu Perak FC untuk saingan Liga Super musim ini. — Facebook Perak FC

Seorang lagi import adalah penyerang baharu yang diperkenalkan baru-baru ini iaitu Christian Obiozor dari Nigeria.

Penyertaan Obiozor ke TBG dijangka tidak berdepan masalah termasuk untuk menyesuaikan diri kerana rakan senegaranya, Afolabi diikat kontrak tambahan selama dua tahun hingga 2024.

Sebagai pemain yang bertanggungjawab di bahagian serangan dan pertahanan, kedua-dua bintang import Itu perlu menggalas tanggungjawab berat untuk membuktikan pembelian mereka adalah berbaloi.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, kedua-dua pemain tersebut meninggalkan mesej 'deep' yang seolah-olah menceritakan cabaran yang perlu diharungi bagi membuktikan kemampuan diri masing-masing.

WhatsApp Image 2023-02-03 at 17.59.40

"You have to run now to see the future (Untuk melihat masa depan, anda perlu bergerak ke depan)," tulis Afolabi di IG Story.

Sementara itu, Obiozor dalam entri di IG miliknya turut berkongsi kata-kata motivasi dalam nada positif.

"Uncomfortable pressure on your shoulder, how you going to deal with it? But it's all beautiful when you win with it. (Bebanan di bahu anda, bagaimana cara anda hadapinya? Apapun ia indah apabila anda berjaya mengharunginya)," tulisnya.

Selain pemain import, skuad Seladang mengikat beberapa pemain muda dalam usaha mengukuhkan kedudukannya dalam saingan Liga Super musim ini.

WhatsApp Image 2023-02-03 at 17.59.32

Pasukan Kejor Yob Kejor itu juga membuat kejutan apabila membuat ‘tangkapan besar’ dengan mengikat penyerang muda, Hadi Fayyadh Abdul Razak.

Kejohanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah 2023.

Pada edisi lalu, Negeri Sembilan selaku johan Liga Perdana 2021 menerima jemputan KL City, bagi menggantikan Sri Pahang FC untuk bersama-sama merebut piala tersebut.

Skuad Tok Gajah menarik diri pada saat-saat akhir kerana beberapa pemain disahkan positif Covid-19 sekali gus memaksa mereka membatalkan penyertaan dalam perlawanan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram