PADA awal Januari 2023, Perak FC mengumumkan ketibaan tonggak import baharu, Christian Obiozor bagi menambah kekuatan di bahagian seragan skuad Seladang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2023.
Setakat ini, Obiozor sudah tampil dalam dua perlawanan persahabatan iaitu sewaktu menentang ATM FC dan Penang FC namun sehingga kini masih tidak mencetak sebarang jaringan.
Meskipun masih tidak dapat menunjukkan kebolehannya sebagai penjaring sepanjang di perlawanan persahabatan, penyokong masih mempercayai Obiozor sedang mencari rentaknya.
Untuk rekod, Obiozor memulakan karier dalam bola sepak di skuad bawah 19 tahun Ocean Boys. — Facebook/InstagramObiozor
Mana tidaknya, Malaysia adalah destinasi pertamanya dalam rantau Asia Tenggara selapas dia banyak berkelan di negara-negara Afrika seperti Lubnan, Jordan, Tunisia dan tempat kelahirannya, Nigeria.
Untuk rekod antara kelab di benua Afrika yang pernah disertai termasuklah Enyimba Aba, Enugu Rangers, Kano Pillars dan Orlando Pirates.
Antara kelab tersebut, Enyimba Aba yang berpangkalan di Nigeria manjadi antara pasukan yang menyimpan memori manis buat Obiozor sebagai penyerang.
Media Nigeria pernah melaporkan bahawa pemain berketinggian 1.92 meter itu mempunyai gaya permainan seperti penyerang Barcelona, Robert Lewandowski.
"Tiada cacat-cela, Christian Obiozor seorang pemain yang besar, kuat dan rajin. Dia (Obiozor) merupakan penyerang zaman moden yang ideal. Bagi saya, dia sentiasa kelihatan seperti Robert Lewandowski," memetik laporan Thatenyimbafan.
Pasukan terakhir Obiozor sebelum menyertai Perak FC ialah kelab di Lubnan, Tadamon Sour. — Facebook/InstagramObiozor
Bukan hanya cemerlang bersama kelab, Obiozor juga pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan Nigeria yang ketika itu menduduki tempat ketiga Kejohanan Negara-Negara Afrika 2014.
Pasukan Super Eagles yang ketika itu di bawah kendalian jurulatih, Stephen Keshi menewaskan Zimbabwe untuk penentuan tempat ketiga dan keempat dengan Obiozor sebagai penjaring tunggal perlawanan pada minit ke-85.
Dengan pengalaman dan kepakaran yang dimilik Obiozor itu, pastinya dia mampu menjadi gandingan hebat untuk penyerang tempatan, Hadi Fayyadh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram