
CABARAN pemain Malaysia di suku akhir Masters Thailand Ng Tze Yong berakhir selepas tewas kepada pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long 14-21, 20-22, di Stadium Nimibutr, Bangkok, Thailand pada Jumaat.
Tze Yong, 22, yang menjadi pemain terakhir negara beraksi itu gagal melangkah ke peringkat separuh akhir selepas gagal menyekat kemaraan Angus yang merupakan pemain nombor ke-18 dunia.
Tze Yong, yang juga merupakan pemain ke-29 dunia itu berkata, Angus berjaya mengawal perlawanan dengan lebih baik.
"Pada set pertama, saya bermain agak perlahan manakala pada set kedua, saya gagal mengawal bulu tangkis dengan baik,” katanya.
Tze Yong berharap beliau akan dapat beraksi dengan lebih baik pada kejohanan akan datang. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram