Berada dalam kelas tersendiri, 5 nama besar arena sukan letus inspirasi wanita


Kehebatan atlet Serena Williams dalam sukan tenis masih diperkatakan sejak mula menceburi bidang itu lebih tiga dekad lalu. — Agensi

SELAIN tokoh politik dan selebriti, kisah mengenai ahli sukan juga antara yang mendapat perhatian umum.

Tidak hanya atlet lelaki, ahli sukan wanita juga banyak memberi sumbangan dalam memajukan industri sukan.

Daripada mendaki gunung tertinggi sehingga membelah lautan, semua itu sudah berjaya membuktikan bahawa wanita juga mempunyai daya kekuatan fizikal luar biasa.

Sumbangan mereka turut mencipta sejarah sekali gus menjadi inspirasi kepada generasi muda yang turut ingin mengikut jejak masing-masing.

Berikut Majoriti senaraikan lima atlet 'mengoncang' dunia dalam pilihan cabang sukan masing-masing:

Atlet: Serena Williams

Sukan: Tenis

majoriti2023 (4)

Walaupun ada pihak mendakwa Serena Williams akan bersara, namun atlet berusia 41 tahun itu bertegas mengatakan dia tidak akan meninggalkan dunia sukan tenis. Selain sibuk dengan aktiviti sukan, Williams turut menguruskan beberapa syarikat pemula sebagai pelabur.

Selain popular, Serena sebelum ini pernah mencatat gelaran Grand Slam pada Terbuka Amerika Syarikat 1999 pada usia 17 tahun.

Pada 2017, Serena meraih kedudukan pertama sebagai pemain tertua mencapai ranking nombor satu ketika berusia 35 tahun.

Atlet: Eileen Gu

Sukan: Ski

majoriti2023 (5)

Atlet berdarah kacukan China-Amerika Syarikat (AS), Eileen Gu dilahir dan dibesarkan di San Francisco, AS. Berusia 19 tahun, Eileen berjaya memenangi pingat dua pingat emas dan satu perak dalam sukan ski di temasya Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, China.

Usia yang masih muda dan memiliki perwatakan menarik, pelajar Universiti Stanford, AS itu turut menarik perhatian beberapa jenama seperti Red Bull, Therabody dan Louis Vuitton.

Atlet: Minjee Lee

Sukan: Golf

298173220_166330752621598_1110041131912243721_n

Lee berjaya meletakkan nama dalam senarai sepuluh teratas pada Jelajah LPGA (Persatuan Golf Profesional Wanita) sejak lima tahun kebelakangan ini. Lee juga mendapat kedudukan kedua pada 2022 di Terbuka Wanita. Sama seperti Eileen, Lee juga menarik minat beberapa jenama Korea Selatan seperti Hana Bank dan WAAC sebagai wajah organisasi terbabit.

Atlet: Asma Elbadawi

Sukan: Bola keranjang

majoriti2023 (6)

Menjadi atlet bola keranjang yang aktif melakukan kempen terhadap penggunaan hijab ketika bersukan menerusi Persekutuan Bola Keranjang Hijab Antarabangsa (FIBA). Kejayaannya itu berjaya membuatkan atlet wanita dibenarkan memakai hijab dalam bola keranjang profesional.

Asma mengikut kempen bersama jenama Adidas sebagai tanda harapan untuk mempromosikan atlet berhijab.

Atlet: Chen Yufei

Sukan: Badminton

f98bc4bfbd714ae3a3547d015c2f8ac9

Juara perseorangan wanita dunia yang memenagi pingat emas pada Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Berusia 24 tahun, dia pernah meraih pingat emas di acara Kejohanan Remaja Dunia BWF 2016 dan pingat emas Kejohanan Remaja Asia 2018.

Terbaharu, pemain China itu berjaya meraih kejayaan selepas menewaskan atlet Jepun, Okuhara Nozomi di Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023 dengan mata 21-9, 21-17. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram