AMERIKA Syarikat (AS) dipilih sebagai penganjur Copa America 2024 selepas Ecuador menarik diri pada November lalu susulan kebimbangan negara itu terhadap isu keselamatan dan infrastruktur.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol) dan badan induk itu turut menjelaskan bahawa kejohanan berkenaan akan menggunakan format baharu.
Sebelum ini, AS pernah menjadi penganjur kejohanan Copa America pada 2016 bagi edisi sedekad dan ia satu-satunya kejohanan yang pernah diadakan di luar Amerika Selatan.
Bagi edisi 2024 nanti, kejohanan tersebut akan menampilkan 10 pasukan biasa dari Amerika Selatan, ditambah enam dari Amerika Utara, Tengah dan Caribbean.
Bagaimanapun, AS yang turut akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 di samping Mexico dan Kanada tidak diberi tempat automatik dalam Copa America.
Untuk rekod, Argentina memenangi kejohanan tersebut pada 2021 selepas menewaskan tuan rumah, Brazil 1-0 di Maracana yang diadakan dalam stadium kosong susulan kekangan penularan Covid-19. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram