Tiga Pembantu Menteri Sabah angkat sumpah susulan rombakan Kabinet


  • Politik
  • Khamis, 26 Jan 2023

Tun Juhar Mahiruddin ketika menyampaikan watikah pelantikan sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri kepada Datuk Roslan Muharam.

TIGA Pembantu Menteri Sabah mengangkat sumpah jawatan daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, lantikan itu dibuat selepas rombakan jemaah menteri yang berlaku berikutan kemelut politik di negeri itu.

"Ia merupakan usaha kesinambungan untuk menyatukan dan memperkukuhkan kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Kesemua yang mengangkat sumpah itu ialah Naib Presiden Bersatu Sabah, Datuk Ruslan Muharam yang juga Adun Lumadan, Adun Likas, Tan Lee Fatt daripada DAP dan Adun Inanam, Peto Gadim daripada PKR.

Mereka dilaporkan mengisi dua kekosongan yang ditinggalkan bekas Pembantu Menteri Perladangan dan Perikanan, Datuk James Ratib yang kini menjadi Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan Datuk Jasnih Daya yang memilih untuk melepaskan jawatan Pembantu Menteri Kewangan.

"Kita memerlukan pasukan yang kukuh untuk melaksanakan pembangunan dan menunaikan janji pilihan raya kepada rakyat dan negeri.

"Saya sudah menekankan kepentingan untuk kerajaan negeri di bawah pimpinan saya untuk bekerja dalam satu pasukan yang mempunyai aspirasi dibina dengan kepercayaan bersama," kata Hajiji. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Sabah, Politik, Kerajaan, Hajiji Mohd Noor, DAP, PKR, Adun