Idolanya bukan kaleng-kaleng, Willian Lira dedah misi bersama KDA FC


  • Podium
  • Selasa, 24 Jan 2023

Willian (depan) antara tonggak Kedah FC yang bakal menggalas tanggungjawab besar dalam jentera serangan Sang Kenari musim ini. — Facebook/ KDA FC

PENYERANG Kedah Darul Aman (KDA) FC, Willian Lira yang merupakan kelahiran Brazil rupa-rupanya turut mengidolakan Ronaldo Nazario dan Cristiano Ronaldo dalam sukan bola sepak yang menjadi kerjayanya.

Skuad Sang Kenari dilihat lebih menyerlah dengan kehadiran 'Awang import' selepas beliau menjaringkan dua gol dalam aksi persahabatan menentang Kelantan FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Jumaat.

Dalam temu ramah di antara Willian Lira dan Ashraf Sohaimi dalam rancangan ‘Ceq Tanya, Hang Jawab’ yang dikongsikan oleh Sang kenari 1924 di Youtube, beliau menjawab lima soalan yang dikemukakan.

1. Pemain yang menjadi idola?

images

Ronaldo Nazario ketika di usia mudanya.

Willian mengakui sangat mengidolakan Ronaldo Luiz Nazario de Lima, legenda bola sepak Brazil yang pernah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak tiga kali.

Willian menganggap Ronaldo merupakan pemain dan penyerang terbaik dan semestinya beliau berharap dapat mencapai kejayaan sepertinya pada masa akan datang.

2. Kelab kegemaran?

273144602_10152602977424953_1955203260619408476_n

Logo Real Madrid CF

Willian mengimpikan untuk berkelana ke Sepanyol bagi menyertai Real Madrid CF.

Beliau tanpa berteka-teki terus menyatakan bahawa kelab pasukan kegemarannya adalah kelab El Real.

Antara pemain yang diminati Willian dalam kelab tersebut adalah Karim Benzema yang berusia 35 tahun itu.

Karim Benzema merupakan penyerang Real Madrid FC dan baru-baru ini merekodkan 12 gol dalam 18 perlawanan pada musim ini.

3. Pasukan kegemaran Liga Perdana?

Manchester City FC merupakan pilihan Willian antara kesemua kelab dalam Liga Perdana.

Kedudukan Man City yang menduduki tangga ke dua Liga Perdana tidak menjejaskan Willian untuk tetap meminati pasukan tersebut.

4. Cristiano Ronaldo atau Messi?

"Sudah semestinya Cristiano Ronaldo," jawab Willian dalam temu ramah tersebut.

1909701

Cristiano Ronaldo

5. Harapan bersama KDA FC?

Menggegarkan lebih banyak gol di gawang lawan dan menjadi peledak berbisa Sang Kenari musim ini menjadi harapan utama pemain ini.

Willian antara pemain import yang menyerlah kerana tidak mengambil masa lama untuk mencipta keserasian dalam game play yang direncanakan ketua jurulatih, Nafuzi Zain.

Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram