STATUS sebenar sama ada Fyna Jebat merupakan isteri kedua Datuk Zainal Abidin Hassan masih belum terjawab meskipun pasangan itu sudah dilihat keluar makan berdua.
Pada Selasa, menerusi perkongsian beberapa gambar dari pelakon veteran, Mustapha Kamal menunjukkan beliau dan isteri sedang menjamu selera bersama pengantin baharu itu.
Menurut Mustapha, dia dan isterinya, Susan Manen bertemu secara kebetulan dengan pasangan itu sebelum mereka memutuskan untuk makan bersama.
"Secara kebetulan terserempak dengan legenda, Zainal Abidin Hassan, kawan lama. Tahniah, semoga yang baik sahaja buat kalian," tulisnya.
Mustapha dan isteri sedang menjamu selera bersama pengantin baharu itu.
Namun ketika cuba mendapatkan respons bekas pengendali Penang FC itu, Zainal Abidin sebaliknya hanya memberitahu untuk kembali menghubunginya semula kemudian.
"Call nanti boleh tak saya tengah drive. Baru nak sampai pagar training. Ada latihan Imigresen, call nanti," katanya ringkas kepada Majoriti.
Sehingga kini, bekas ketua jurulatih Melaka FC itu tidak menjawab sama ada Fyna atau nama sebenarya Nur Syafinaz Jebat adalah isteri keduanya ataupun sebaliknya.
Terdahulu, penyanyi itu sendiri mengaku sudah bernikah dengan bekas pemain pasukan kebangsaan berkenaan dan dia mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memberi sokongan atas berita tersebut.
"Alhamdulillah, saya telah bernikah. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada anda yang beri komen yang bagus.
"Doakan saya, famili dan doakan saya sekeluarga dan jangan lupa doakan kami di program Famili Duo," katanya yang ditemui di konsert minggu keempat Famili Duo di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada 9 Januari lepas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram