'Loose di tengah', kapten Malaysia harap Pan-gon buat 'sesuatu'


  • Podium
  • Ahad, 08 Jan 2023

Faisal (dua kiri) merupakan antara pemain yang dilihat cemerlang pada musim ini. — Facebook/FAM

KAPTEN Harimau Malaya, Faisal Halim menyifatkan bahagian tengah pasukan negara masih perlu diperbaiki selepas melihat Malaysia hanya mampu merekodkan satu jaringan pada perlawanan menentang Thailand pada Sabtu.

Kenyataan pemain Selangor itu hadir selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Thailand dalam aksi separuh akhir pertama kempen Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.

Menurutnya, segala kesilapan pada perlawanan aksi separuh akhir pertama termasuk bahagian tengah itu akan diperbaiki oleh pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon.

"Walaupun menang tapi game kita bukan macam yang biasa. Apa saya harap di Thailand, kita kekalkan satu jaringan ini, jangan bolos. Walau tak boleh nak merekodkan jaringan nanti, penting boleh dapat kekalkan satu kosong bagi melayakkan ke final.

"Kita perlu lebih bersemangat dan agresif. Hari ini kita loose di tengah. Mungkin jurulatih Kim (Pan-gon) akan buat sesuatu. Kita dah 50 peratus ke final dan saya tidak akan lepaskan peluang ini," katanya selepas ditemui pada perlawanan Malaysia menentang skuad Gajah Perang.

WhatsApp Image 2023-01-08 at 04.33.04

Antara aksi Harimau Malaya menentang skuad Gajah Perak pada Sabtu. — Facebook/FAM

Tambah pemain berusia 25 tahun itu, perlawanan menentang Singapura pada 03 Januari lalu adalah lebih menyeronokkan berbanding aksi menentang Thailand.

Bagaimanapun, Faisal menegaskan bahawa perbandingan antara kedua pasukan itu tidak boleh berlaku berikutan masing-masing berada dalam ranking yang tersendiri.

Skuad Gajah Perang berada pada kedudukan ke-111 dunia, Singapura di tempat ke-160 dunia, manakala pasukan negara pula kini menghuni tangga ke-145 dunia.

WhatsApp Image 2023-01-08 at 04.33.06

Dengan jaringan pada Sabtu, Faisal kini merekodkan empat gol pada kejohanan Piala AFF 2022. — Facebook/FAM

Aksi Singapura best tapi tak boleh bandingkan dengan Thailand sebab sebab kita berada di ranking yang di bawah dengan kita. Dengan pemain yang ada sekarang, yang tidak ada pengalaman yang luas tapi kami berkerja keras.

"Bekerjasama untuk mendapatkan kejayaan. Perkara itu bukan benda yang mudah, kita perlu kerja keras. Jika takdir kita menang, kita menang. kita ada 90 minit di Thailand. Ia bukan perkara yang mustahil jika kita kerja ikhlas, mungkin ada rezeki dari ALLAH," tambahnya.

Malaysia akan bertemu Thailand pada separuh akhir kedua yang dijadualkan berlangsung pada Selasa di Stadium Thammasat, Pathum Thani. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram