BARU-BARU ini pemain warisan Belgium-Malaysia, Dion Cools diumumkan sebagai pemain import baharu kelab gergasi Thailand, Buriram United.
Pengumuman tersebut sekali gus menjadikan Cools pemain keempat dari Malaysia yang akan bermain di dalam liga utama Thailand.
Namun pada Khamis, sebuah kelab dari Thailand mengejutkan seluruh penyokong tempatan apabila mengumumkan Zafuan Azeman sebagai salah seorang pemain import dari Malaysia.
Pengumuman itu sekali gus menjadikan bekas penyerang kebangsaan B-19 tahun ini pemain kelima yang akan beraksi di Liga Thailand.
Zafuan memulakan karier bola sepaknya di pasukan muda skuad Kedah Darul Aman FC sebelum menyertai Singa Utara.
Berdasarkan berita terkini itu, Zafuan Azeman sah menyertai Uthai Thani FC bagi menghadapi saingan Liga Thailand Divisyen kedua.
Perjalanan pemain berusia 23 tahun ini amat menarik apabila pernah menyertai kelab luar negara dalam usia yang sangat muda.
Zafuan memulakan karier bola sepaknya di pasukan muda skuad Kedah Darul Aman FC sebelum menyertai Singa Utara.
Ketika bersama Kedah, Zafuan pernah berlepas ke Korea Selatan untuk menjalani ujian pemilihan bersama kelab Liga K3, Yangju Citizen FC selama dua minggu pada 2018.
Zafuan pernah menjalani ujian bersama kelab Itali, Venezia F.C.
Selain itu, Zafuan antara pemain muda yang berani menyahut cabaran berhijrah ke Eropah, apabila turut menjalani ujian bersama kelab Itali, Venezia F.C.
Namun selepas beberapa kali menjalani ujian di kelab luar negara, Zafuan akhirnya berjaya menambat hati pengurusan kelab Liga Thailand, Angthong FC.
Akan tetapi, disebabkan pandemik Covid-19, kontrak Zafuan bersama Angthong ditamatkan dan pulang semula ke Malaysia.
Zafuan menyertai Uthai Thani FC pada musim 2023. — Instagram
Selepas kembali ke Malaysia, Zafuan menyertai Penang FC dan Kelantan United sebelum dilepaskan skuad Harimau Kumbang pada awal tahun lalu.
Disebabkan itu, Zafuan tidak pernah beraksi di dalam mana-mana kejohanan domestik selama satu tahun dan perkara tersebut menyebabkan namanya sedikit tenggelam di dalam arena bola sepak Malaysia.
Namun dengan pengumuman Uthai Thani FC pada Khamis, ia jelas sekali mengejutkan seluruh penyokong bola sepak tempatan tatkala beberapa pemain bintang Malaysia kini menyertai kelab Thailand.
Antara pemain yang akan beraksi di Thailand pada musim depan ialah Liridon Krasniqi (Khon Kaen United F.C), Safawi Rasid (Ratchaburi F.C), Junior Eldstal (PT Prachuap) dan Dion Cools (Buriram United)
Malah turut ada khabar angin menyatakan Kogileswaran Raj dan Ramadhan Saifullah bakal berhijrah ke BG Phatum United. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram