Sengaja bikin panas, 'No JDT No Hal' senjata tempelak Harimau Selatan tiada di pentas Piala AFF


  • Podium
  • Rabu, 04 Jan 2023

Gambar tular memaparkan baju 'No JDT No Hal' dijual ketika hari perlawanan skuad kebangsaan menentang Singapura pada Selasa.

SEGELINTIR penyokong bola sepak tanah air cukup yakin bahawa ketiadaan pemain Johor Darul Takzim (JDT) masih mampu menguatkan benteng skuad kebangsaan.

Perkara itu diluahkan secara lantang oleh peniaga, yang bertindak menjual t-shirt bertulis 'No JDT, No Hal' menerusi font bersaiz besar di bahagian belakang.

Menerusi gambar tular, turut tertera pada baju berkenaan adalah tulisan 'Selamanya Harimau Malaya'.

Gambar sama memaparkan seorang lelaki dipercayai peniaga tersebut yang turut mengenakan baju berkenaan.

324240268_1319522195492065_3826998217208175524_n (1)

Antara aksi teruja skuad kebangsaan selepas memenangi perlawanan menentang Singapura pada Selasa. — FAM

Baju tersebut dipercayai dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika hari perlawanan Malaysia menentang Singapura, dalam aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 pada Selasa.

Keyakinan penyokong yang menjual dan memakai baju berkenaan terbukti, apabila Harimau Malaya menang 4-1 dalam perlawanan tersebut.

Kemenangan skuad kebangsaan itu sekali gus menyaksikannya muncul sebagai semifinalis bagi menentang Thailand pada 7 dan 10 Januari ini.

Terdahulu, 12 pemain yang sebahagian besarnya pemain JDT tidak dapat bersama pasukan negara, sebelum ia disusuli oleh dua pemain dari Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Declan Lambert turut menolak panggilan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram