MU menang nasib, belum mampu cabar trofi — Ten Hag


  • Podium
  • Rabu, 04 Jan 2023

Casemiro membuka akuan jaringan pertama Manchester United ke atas Bournemouth pada Rabu. — Agensi

PENGURUS Manchester United (MU), Erik ten Hag berkata, pasukannya masih belum lagi dianggap sebagai pencabar kejuaraan musim ini, tetapi kepercayaan terhadap skuad itu semakin meningkat selepas satu lagi kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth pada awal pagi Rabu.

Gol yang dijaringkan Casemiro, Luke Shaw dan Marcus Rashford di Old Trafford, England membolehkan United meraih kemenangan liga keempat berturut-turut, merapatkan jurang kepada pendahulu Arsenal kepada sembilan mata.

United bergelut untuk mendapatkan jumlah mata yang baik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dan tidak memenangi kejuaraan liga utama Inggeris sejak 2013, ketika Alex Ferguson masih mengendalikan kelab itu.

“Itu satu langkah besar,” kata Ten Hag ketika ditanya mengenai penglibatan United dalam perebutan kejuaraan.

"Tidak, tetapi kepercayaan semakin meningkat dan itu adalah isyarat yang baik. Kami perlu memberikan setiap perlawanan 100 peratus tenaga dan tumpuan dan jika anda mengekalkan falsafah itu mungkin akan memberikan lebih saingan untuk mendapatkan kejuaraan liga.

"Kami tidak terlalu jauh ke hadapan, ia adalah Januari, tidak sampai separuh musim, perlawanan seterusnya ialah Everton datang dengan pantas, jadi kami akan menikmati 24 jam dan kemudian meneruskan."

United memenangi empat perlawanan Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri berturut-turut tanpa bolos buat kali pertama sejak enam perlawanan antara Mei dan Oktober 2017, tidak bolos dalam liga di laman sendiri sejak kemenangan 3-1 ke atas Arsenal pada September.

Penjaga gol, David de Gea melakukan beberapa penyelamatan yang baik untuk mengekalkan rekod bersih pada hari Selasa, dan mendapat pujian khusus daripada pengurusnya.

“Kami hanya kekal kuat di benteng pertahanan jika kami melakukan tugas kami dan memberi 100 peratus dalam setiap situasi,” tambahnya.

"Dia (De Gea) beraksi dengan sangat baik. Dia melakukan beberapa penyelamatan yang cemerlang dan hari ini salah satu sebab kami mempunyai begitu banyak rekod bersih ialah David de Gea.

"Menentang West Ham, sebagai contoh, saya masih ingat penyelamatan daripadanya. Secara umumnya kami tidak tidak boleh melepaskan begitu banyak peluang," ujarnya. — Reuters

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram