Status tua muda bikin fans panas, Kedah pinjam pemain Selangor, tapi nama JDT kena petik


  • Podium
  • Khamis, 29 Dis 2022

Azrin Afiq menandatangani kontrak pinjaman selama setahun bersama KDA FC. — KDA FC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC pada musim depan bakal dimeriahkan lagi dengan kehadiran muka-muka baharu.

Kedatangan mereka sekali gus dijangka menguatkan lagi benteng skuad itu, apatah lagi bekas ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain turut memutuskan untuk menerajui skuad Sang Kenari.

Ketika ini, skuad Sang Kenari berjaya membawa masuk beberapa pemain baharu termasuk bekas jeneral tengah Terengganu FC, Manuel Ott dan penjaga gol Petaling jaya (PJ) City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Terbaharu, keluarga KDA FC dirancakkan lagi dengan kehadiran graduan Selangor II, Muhammad Azrin Afiq Rusmini yang menandatangani kontrak pinjaman selama setahun bersama KDA FC.

Menerusi kenyataan rasmi kelab, kedatangan pemain berusia 20 tahun itu bagi mengisi barisan pemain pertahanan skuad Kedah.

"Dalam sesi menandatangani kontrak pemain, Azrin mahu membalas kepercayaan jurulatih dengan mempamerkan aksi terbaik buat penyokong Hijau Kuning," tulis kenyataan itu.

Pada masa sama, pemain kelahiran Klang, Selangor itu pernah disenaraikan antara pemain skuad kebangsaan Bawah 23 tahun dalam saingan Piala Asia AFC baru-baru ini.

Difahamkan, Azrin akan menyarung jersi bernombor 31 pada musim depan.

321330551_3495852817294539_8844239028964010381_n

Azrin mahu mempamerkan persembahan terbaik di Kedah. — KDA FC

Dalam satu temubual, Azrin berharap agar dirinya mampu memberi persembahan sebaik mungkin selain mahu pasukan tersebut membuat penampilan lebih jauh.

"Kalau boleh hingga ke Asia. Saya teringin nak ke Asia bersama kelab. Insya-ALLAH saya cuba dapatkan minit permainan dan cuba sehabis baik.

"Dengan jurulatih dan pemain baharu, saya akan cuba merebut peluang ini untuk sama-sama menaikkan Kedah," katanya.

Sementara itu, meskipun skuad Helang Merah yang meminjam pemain Selangor, tidak semena-mena nama Johor Darul Takzim (JDT) dipetik penyokong Selangor FC dan KDA FC menerusi media sosial.

Leron Jannata menulis: "Selangor ni bagus bab loan player muda yang nak minute play sebab nak improve kualiti. JDT lebih kepada loan pemain yang sudah tua."

template - 2022-12-29T170712.571

Tangkap layar komen netizen berhubung pemain pinjaman yang ditawarkan pasukan bola sepak di negara ini.

Penyejuk Mata menambah: "Beza Selangor dengan JDT. Selangor pinjamkan player muda sedangkan JDT pinjamkan kuda tua. Selangor lebih gentle bila player dipinjamkan boleh lawan tuan masa game, sedangkan JDT seronok tengok kawan main bola. Fakta." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram