Tiada kelibat di Liga M, Hadi Fayyadh ada sebab tersendiri terus berkelana di Jepun


  • Podium
  • Sabtu, 24 Dis 2022

Hadi tersenarai antara 25 pemain ke kem latihan pusat pertama bermula 27 November hingga 6 Disember 2022.  — Instagram

JIKA peluang beraksi di bumi Jepun masih diteruskan pada musim 2023, ia merupakan tahun kelima buat pemain muda, Hadi Fayyadh Abdul Razak berada di Negara Matahari Terbit itu.

Pemain berusia 22 tahun itu sudah berada selama empat musim dalam Liga Jepun divisyen 3 (J3) bersama Fagiano Okayama dan dipinjamkan ke Azul Claro pada Februari 2022 bagi mengumpul minit permainan.

Namun begitu, sepanjang tempoh pinjaman tersebut, Hadi Fayyadh hanya beraksi menerusi satu perlawanan J3 selama enam minit dalam tiga penampilan pada musim ini.

Meskipun tidak mempunyai minit permainan yang cukup sepanjang berkelana di bumi Jepun, pemain kelahiran Kelantan itu masih menjadi taruhan skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23).

Seperti baru-baru ini, ketua jurulatih skuad B-23, E. Elavarasan telah memanggil 25 pemain ke kem latihan pusat pertama bermula 27 November hingga 6 Disember 2022.

Panggilan itu adalah sebagai persiapan awal bagi menghadapi pertandingan antarabangsa untuk tahun 2023 seperti Kejuaraan AFF B-23 2023, Sukan SEA 2023 dan Kelayakan Piala Asia B-23 2024.

Bagaimanapun, dengan peluang bermain yang terhad di Liga Jepun, penyerang kebangsaan itu dilihat mempunyai sebab tersendiri untuk terus kekal berkelana di negara tersebut.

Hal ini demikian kerana, berdasarkan perkongsian di laman Insta Story miliknya, pemain Harimau Muda itu dilihat sudah mempunyai buah hati di Jepun.

WhatsApp Image 2022-12-23 at 20.37.17

Tangkap layar Hadi bersama wanita yang dipercayai teman wanitanya.

"@ reimikusunoki Favourite," tulisnya sambil memuat naik sebuah gambar bersama seorang wanita Jepun.

Berdasarkan tinjauan Majoriti di laman Instagram, wanita itu dilihat merupakan seorang pengajar peluncur ski dan sering memuat naik gambarnya bermain sukan tersebut di Instagramnya.

Jika benar Hadi memilih untuk kekal berkelana di Jepun, dia sepatutnya membuktikan kemampuannya beraski di atas padang bagi memburu minit permainan, sekali gus menambah baik kualitinya.

Sebelum ini Majoriti pernah melaporkan bahawa legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir menasihati dengan minit permainan yang begitu sedikit, adalah lebih baik jika pemain itu pulang sahaja dan bermain dalam kelab tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram