Prospek dilihat trial bersama The Bos Gaurus, berbakul-bakul Sri Pahang terima kecaman sebab 'prefer' Muslim Ahmad


  • Podium
  • Selasa, 20 Dis 2022

Bersama Pahang pada musim ini, Hasnul (kiri) hanya turun sebanyak enam aksi. — Facebook/Sri Pahang

SKUAD Perak FC menjadi di antara yang terawal dalam mempersiapkan pasukan mereka dengan membawa masuk beberapa pemain muda untuk dipertaruhkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan.

Antara pemain baharu yang diumum oleh skuad Perak FC pada awal Disember ini ialah Syukri Baharun, Ikhwan Hafizo, Amirul Husaini, Shafizi, Hafizal Mohamad, Fahmi Daniel, bekas pemain sayap Petaling Jaya City FC, Shivan Pillay

Selain daripada membuat rombakan pemain untuk musim depan, skuad The Bos Gaurus juga dilihat aktif dalam membuat perlawanan persahabatan sebagai inisiatif untuk menguji barisan tonggak baharu mereka.

Seperti baru-baru ini, skuad di bawah bimbingan Lim Teong Kim itu mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab divisyen tiga Liga Thailand, Young Singh Hatyai United (YSHU) pada Ahad lalu.

Dalam perlawanan persahabatan di kelab divisyen Liga Thailand yang berpangkalan di Songkhla itu, Perak FC beroleh kemenangan dengan jaringan 4-2 yang disumbangkan oleh Syukri Baharun (minit ke-36) dan Amirul Husaini (42').

Manakala dua lagi gol skuad Seladang pula dicetak oleh bekas pemain muda Kuching City, Shafizi Iqmal dan Oswyn Lim yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan.

Di sebalik kemeriahan perlawanan yang berakhir dengan keputusan positif memihak kepada pasukan Perak itu, nama seorang pemain dalam senarai barisan simpanan tiba-tiba mencuri perhatian peminat kelab Sri Pahang FC.

WhatsApp Image 2022-12-20 at 16.35.27

Nama prospek Sri Pahang, Hasnul berada dalam senarai pemain gantian. — Facebook/Perak FC

Masakan tidak, nama prospek skuad Tok Gajah, Hasnul Zaim terselit dalam senarai pemain gantian skuad Perak FC, sekali gus jelas menimbulkan kegelisahan dalam kalangan penyokong Sri Pahang.

Bukan itu sahaja, kemunculan nama toggak pertahanan Sri Pahang itu dalam senarai 'trial' bersama Perak FC, secara tidak langsung mengukuhkan lagi khabar angin bahawa Hasnul tidak lagi bersama skuad Tok Gajah pada musim depan.

"Pihak pengurusan SRP (Sri Pahang) seperti biasa mengambil pendekatan kunci mulut berhubung perpindahan pemain. Info yg diperoleh setakat ini hanya lah daripada private investigator atau mulut pemain sendiri. Info terbaru di katakan Hasnul Zaim sedang trial di Perak FC.

"Berdasarkan senarai nama pemain Perak dalam perlawanan persahabatan baru ini," tulis laman penyokong Sri Pahang FC, Rozmillah Zayyad Qaisara Zhafran.

Lebih menyakitkan hati penyokong Tok Gajah apabila pengurusan Sri Pahang dilihat lagi gemar mengekalkan pertahanan veteran, Muslim Ahmad daripada bakat muda seperti Hasnul.

WhatsApp Image 2022-12-20 at 16.35.29

Muslim dilihat hadir dalam sesi latihan pra musim bersama skuad Sri Pahang. — Facebook/Sri Pahang

Baru-baru ini, pemain berusia 33 tahun itu dilihat hadir dalam sesi latihan pra musim bersama skuad Sri Pahang dan kelibatnya itu tidak mendapat sambutan menggalakkan dari penyokong.

"Pablo Dollah (Datuk Dollah Salleh) tergamak lepaskan Hasnul dan lebih memilih Muslim," kata Perak The Yob.

"Yang penting Muslim ada lagi," tulis seorang lagi penyokong, Azli Halim.

"Pemain kegemaran itu.. main lah macam mana pun tetap dalam senarai," kata penyokong skuad Tok Gajah, Rozmillah Zayyad Qaisara Zhafran.

Meskipun hanya tampil dalam enam perlawanan dan menyumbangkan satu gol buat musim ini bersama Sri Pahang, Hasnul yang berketinggian 1.75 meter dilihat boleh menjadi pertahanan kental Tok Gajah pada musim depan.

Dengan usia muda iaitu 23 tahun, Hasnul cukup layak untuk menggantikan beberapa pemain pertahanan yang sedia ada dan sekali gus boleh menyelamatkan kubu Sri Pahang daripada dibolosi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram