BIARPUN bergelar selebriti, mereka tetap mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu yang digemari ketika waktu lapang.
Biarpun terbatas dengan kesibukan jadual kerja, mereka tetap berusaha untuk mencuri waktu demi memastikan waktu rehat yang diperoleh dapat digunakan sebaiknya.
Begitu juga dengan bintang popular asal Korea Selatan yang pasti saja memerlukan ruang dan peluang dengan bijak.
Selain memberi fokus kepada kerjaya, barisan selebriti ini turut memiliki hobi tersendiri yang gemar dilakukan ketika waktu lapang.
Berikut Majoriti senaraikan lima artis terkenal Kpop bersama hobi mereka.
Gong Yoo
Gong Ji-chul atau lebih dikenali sebagai Gong Yoo sangat terkenal dengan wataknya sebagai Seok-woo dalam filem Train To Busan, Goblin (drama Guardian: The Lonely and Great God) dan kemunculannya dalam Squid Game.
Pada waktu lapang, aktor beruisa 43 tahun itu gemar menghabiskan masa dengan memancing dan menonton wayang.
Sekiranya berkelapangan di rumah, dia akan meluangkan masa bermain dengan kucing peliharaannya.
Lee Jong-suk
Aktor yang memiliki ketinggian 186 sentimeter, Lee Joung-suk popular menerusi beberapa buah drama, antaranya I Can Hear Your Voice, Doctor Stranger, Pinocchio, W, Romance Is A Bonus Book dan Big Mouth.
Pelakon berusia 33 tahun ini turut memiliki aktiviti yang gemar dilakukan pada waktu lapang, iaitu bermain catur.
V BTS
Kim Tae-hyung atau lebih dikenali dengan nama pentasnya sebagai V daripada kumpulan BTS turut mempunyai hobi kegemaran.
Selain aktif dengan kerjaya nyanyian, V turut terlibat sebagai pelakon dalam drama siri Hwarang: The Poet Warrior Youth.
Pemilik trofi Aktor Idol Terbaik Anugerah Soompi itu gemar melukis, mengambil gambar atau bermain biola pada waktu lapang.
Lee Sung-kyung
Nama aktres Lee Sung-kyung melonjak selepas membintangi drama siri Cheese In The Trap. Kemudian dia terus mencipta nama menerusi The Doctors, Weightlifting Fairy Kim Bok-jo, Dr. Romantic 2 dan Sh**ting Stars.
Sung-kyung gemar meluangkan masa bermain biola ketika waktu lapang dan dia memilih untuk meneruskan minatnya itu sejak kecil.
Selain itu, dia juga gemar melancong ke tempat berbeza dan gemar memilih ke destinasi tiada siapa yang mengenalinya.
Ha Sung-woon
Penyanyi berusia 28 tahun, Ha Sung-woon muncul dalam siri kedua rancangan realiti, Idol Producer 101.
Terdahulu dia merupakan ahli kumpulan Hotshot dan kemudian muncul sebagai kumpulan Wanna One. Bagaimanapun dia kini selesa bergerak sebagai penyanyi solo.
Sibuk dengan pengurusan kerjaya, Sung-woon memilih untuk bermain permainan video, berenang dan bermain bola sepak sebagai hobi masa lapang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram