Selain Perak FC, 2 kelab elit risik tonggak warisan Sparta Rotterdam, bintang 'RB' dalam pembikinan


  • Podium
  • Isnin, 12 Dis 2022

Teong Kim amat menghargai bakat-bakat muda bola sepak untuk digilap ke satu tahap lebih tinggi. — Facebook/ Perak Football Club

BINTANG muda skuad bawah 21 tahun (B-21) Sparta Rotterdam, Dylan Van Wageningen sedang disebut-sebut mungkin bakal menyarung jersi Harimau Malaya suatu hari nanti berikutan kelayakan sebagai pemain warisan dari sebelah datuknya.

Ketika ini pun, Malaysia mahu menambah para pemain warisan bagi memperkuatkan cabaran Harimau Malaya menjelang kempen Piala Asia 2023.

Jadi, tidak timbul sebarang persoalan sekiranya ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mula merisik beberapa wajah kacukan baharu untuk menambah baik kualiti skuad.

Laman Twitter, Onefootball.my pada Ahad berkongsi info mengenai Dylan yang dikatakan layak beraksi untuk skuad kebangsaan kerana memiliki darah Malaysia menerusi datuknya.

Fi9RleXaUAAxuG2

Perkongsian info mengenai Dylan di LineUp Harimau Malaya. — Instagram

LineUp Harimau Malaya di Instagram juga memaklumkan bintang muda berusia 19 tahun itu kini bermain untuk Sparta Rotterdam B-21 yang berpangkalan di Belanda.

Pemain berdarah kacukan Malaysia-Belanda itu boleh bermain di posisi bek kanan dan tengah bertahan.

Sepanjang musim 2022/2023, dia sudah melakukan 16 penampilan dan mencipta tiga bantuan gol untuk Sparta Rotterdam B-21.

Sekurang-kurangnya tiga kelab di Malaysia dilihat sebagai destinasi berpotensi buat Dylan untuk bertapak dan sekali gus mengembangkan bakatnya di Liga Malaysia.

FjrGNqIVQAAcLv4

Revolusi atas padang selepas kehadiran Teong Kim di Perak FC mungkin sesuai buat Dylan mengembangkan karier bola sepaknya di negara ini. — Facebook

1) Perak FC

Soal kewangan tidak lagi menjadi masalah buat Perak FC dengan kedatangan pemilik baharu, XOX Berhad yang dilihat mampu berbelanja besar bagi mendapatkan jurulatih berpengalaman, Lim Teong Kim.

Kelab elit itu dilihat berkemampuan untuk mendapatkan Dylan lebih-lebih lagi Teong Kim amat menghargai bakat-bakat muda bola sepak untuk digilap ke satu tahap lebih tinggi.

Dylan dilihat sebagai salah satu pemain yang mampu mengisi kriteria tersebut dan dirasakan harus dirisik lebih awal dalam usaha kelab mempersiapkan pasukan menghadapi saingan Liga Super.

Revolusi atas padang selepas kehadiran bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich itu tentu sesuai buat Dylan mengembangkan karier bola sepaknya di negara ini.

FYg3-VSVUAAYOWU

Richard Chin (kanan) pernah dikaitkan ke Sri Pahang FC pada musim ini. — Agensi

2) Sri Pahang FC

Skuad Tok Gajah juga merupakan antara kelab yang sesuai untuk Dylan melebarkan sayapnya di Liga Malaysia.

Ketika ini, skuad kendalian Datuk Dollah Salleh itu mengalami masalah ketempangan di bahagian bek kanan hingga menyebabkan prestasi pasukan terumbang-ambing dalam liga sepanjang musim.

Pemain sedia ada seperti Muslim Ahmad, Ashar Al Aafiz dan S.Kumaarhan juga tidak dapat membantu menyelesaikan masalah posisi right back Sri Pahang FC.

Jadi, dengan kehadiran Dylan, dia dilihat sebagai seorang pengganti tepat sekiranya Sri Pahang FC bercita-cita tinggi mendapatkannya musim depan.

Selain Dylan, seorang lagi pemain muda berdarah kacukan Malaysia-England, Richard Chin pernah dikaitkan dengan kelab itu pada awal musim ini.

1520705

Rizal Ghazali (kiri) antara pemain bek kanan senior di Sabah FC. — Facebook

3) Sabah FC

Musim depan, Sabah FC berjaya menempah slot kedua ke Piala AFC. Skuad Sang Badak perlu tampil dengan barisan pemain yang lebih mantap pada musim depan untuk memberi saingan di pentas Asia.

Jika Dylan memberikan khidmatnya untuk Sabah FC, ia merupakan satu kesyukuran buat kelab itu kerana pengalaman ubi muda itu bermain bersama kelab luar boleh digunakan dalam menempuh perlawanan Piala AFC.

Dylan juga berpeluang untuk dilatih di bawah bekas jurulatih kebangsaan iaitu Datuk Ong Kim Swee sekiranya memilih Sabah FC sebagai kelab pertamanya di Malaysia.

Tambahan lagi, dia juga boleh menimba pengalaman sebanyak mungkin dengan pemain bek kanan senior, Rizal Ghazali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram