Fans tak setuju bintang KL City ikut jejak De Paula, risau hilang dari radar KPG


  • Podium
  • Ahad, 27 Nov 2022

Penyokong tidak bersetuju jika Romel yang bakal dinaturalisasikan itu berpindah ke JDT supaya tidak senasib Guilherme de Paula. — Agensi

BAKAL pemain naturalisasi negara, Romel Morales dikaitkan dengan perpindahan ke negeri selatan tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) pada musim depan.

Nama penyerang kelahiran Colombia itu sekali lagi menjadi tumpuan media pada musim ini kerana berjaya membantu pasukannya, Kuala Lumpur City FC (KL City) melangkah ke pusingan akhir Piala AFC 2022.

Sebelum ini, KL City pernah mendedahkan untuk menaturalisasikan Romel kerana dia menunjukkan peningkatan prestasi dalam setiap perlawanan sejak beraksi bersama pasukan itu.

Romel telah beraksi dalam Liga Malaysia sejak 2018 dan dia akan mencapai tempoh lima tahun seperti yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 2022 sekali gus layak dipanggil untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

Musim ini bersama KL City, Romel berjaya menjaringkan sembilan gol dan satu assist dalam kesemua 30 perlawanan yang terlibat.

Romel Morales celebrates his second goal against Sarawak United. - Photo by Kuala Lumpur City FC

Romel boleh menjadi pemain naturalisasi pada Januari 2023 selepas cukup tempoh 5 tahun beraksi di Malaysia.

Namun khabar angin muncul dalam kalangan peminat penyerang berusia 25 tahun itu bakal disunting oleh JDT pada musim depan sekali gus untuk memperkuatkan barisan serangan mereka.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata penyokong tidak bersetuju jika Romel yang bakal dinaturalisasikan itu berpindah ke JDT supaya tidak senasib dengan Mohamadou Sumareh, Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi.

"Tak perlulah pergi sana Romel, elok-elok dapat kerakyatan terus hilang dari radar Kim Pan-gon," kata Muhd Rasid.

"Pergi kalau untuk kebaikan tingkatkan prestasi tak apa, ini nanti senasib dengan Sumareh terus tak jadi apa. Dulu dekat Pahang power sekarang ini dia main untuk Malaysia pun orang dah tak suka," jelas Rahim Noor.

"Kalau tahu jadi macam ini, baik jangan naturalisasikan Romel, nanti hujungnya semua tak dapat main Malaysia macam AFF akan datang ini," ujar Mohd Yasin.

PKNS FC's Romel Oswaldo Morales Ramirez (left) controlling the ball away from Selangor's K. Sarkunan (centre) during their Super League match at Shah Alam Stadium last night. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. July 20, 2019.

Romel memulakan karier bola sepak di Malayisa bersama PKNS FC.

Sebelum ini penyerang berketinggian 1.87 meter meluahkan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Malaya dan jelas sekali bersedia untuk itu dan akan memberikan segalanya demi Malaysia.

“Saya gembira duduk di Malaysia dan sudah beraksi lama di sini. Jika saya mendapat peluang itu (beraksi untuk Malaysia) sudah tentu saya akan berusaha sebaik mungkin dan akan membalas semula apa yang diberikan kepada saya,” katanya.

Romel memulakan karier bola sepak di Malayisa bersama PKNS FC sebelum berhijrah ke pasukan Melaka United dan kini mewakili KL City. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram