Bakal disingkir Selangor, 3 kelab sesuai untuk Halim Saari buat 'come back'


  • Podium
  • Selasa, 29 Nov 2022

Halim Saari ketika beraksi bersama Selangor FC. — MFL

PERNAH beraksi bersama skuad kebangsaan, nama pemain tengah Selangor FC, Halim Saari nampak semakin ekoran kurang beraksi selepas pulih daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang dialami pada awal musim 2021.

Terbaharu, Gergasi Merah yang kini dalam fasa rombakan untuk menggunakan khidmat pemain lebih muda dikhabarkan akan melepaskan Halim.

Baru berusia 27 tahun, pengalaman yang dimiliki Halim sebenarnya cukup banyak dan pernah membantu pasukan lamanya, Kedah Darul Aman (KDA FC) menjulang Piala FA pada 2017.

Persoalannya kini, ke mana Halim patut pergi untuk meneruskan kerjayanya dan kelab manakah yang perlu menggunakan khidmatnya?

Berikut Majoriti senaraikan tiga kelab yang berpotensi buat Halim:

Kedah

Kedah Darul Aman FC

Memulakan kerjaya bola sepak bersama Kedah, Halim yang juga anak kelahiran Kulim ini boleh menjadikan pasukan lamanya destinasi untuk dia membuat come back.

Apatah lagi Sang Kenari pada musim hadapan dikhabarkan menagih khidmat bekas ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain sebagai pengendali pasukan.

Nafuzi juga mempunyai kepakaran untuk membangkitkan semula pemain daripada kecederaan seperti yang dilakukan pada Nik Sharif.

Nik Sharif ketika di Selangor FC berada dalam keadaan tergapai-gapai akibat kecederaan sebelum berhijrah ke Terengganu FC (TFC) dan mula membina nama semula di bawah didikan Nafuzi.

WhatsApp Image 2022-11-29 at 4.21.16 PM

Sri Pahang

Sejak Ogos lalu, nama Nor Azam Azih dikatakan bakal berhijrah ke Selangor namun masih belum ada sebarang kata putus lagi.

Jika Nor Azam sah ke Selangor, ini membuatkan Sri Pahang akan kehilangan pemain utama di bahagian tengah.

Peluang ini boleh digunakan Pahang untuk mengambil Halim apatah lagi kedua-dua pemain ini adalah sebaya.

Halim juga boleh menggunakan peluang yang ada jika dijadikan kesebelasan utama untuknya mengembalikan kegemilangannya di posisi tengah.

WhatsApp-Image-2022-07-18-at-8.24.12-PM

Kelantan FC

Bakal mengharungi saingan bersama pasukan yang lebih hebat pada musim depan, Kelantan FC sebenarnya berdepan kesukaran.

Ini kerana, pasukan itu sudah mula kehilangan beberapa pemain berpengalaman dengan terbaharu, Felipe Hereda pula dikatakan bakal keluar dari bumi Kota Bharu.

Bukan sahaja tiada pemain berpengalaman, Kelantan juga kehilangan tonggak tengah pasukan dan ini merupakan peluang untuk mereka menggunakan khidmat Halim.

Halim mempunyai pengalaman yang boleh digunakan bersama pemain-pemain Kijang Merah. Selain itu, dia juga boleh menggunakan peluang yang ada membina semula kerjayanya bersama pemain baharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram