'Terima kasih Kapten', Baddrol Bakhtiar cetus harapan buat fans Sabah, Kedah


  • Podium
  • Sabtu, 26 Nov 2022

Baddrol yang bertindak sebagai kapten Sabah FC mengemudi bahagian tengah pasukan. — Facebook

NASIB pemain prolifik Sabah FC, Baddrol Bakhtiar di skuad Sang Badak pada musim depan masih menjadi tanda tanya.

Namun selepas menamatkan musim ini setakat peringkat separuh akhir Piala Malaysia, khabar angin perpindahan tonggak tengah itu ke kelab lain nampaknya hanya sekadar khabar angin.

Pemain berusia 34 tahun itu mungkin kekal bersama The Rhinos sekurang-kurangnya untuk semusim lagi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia mengikut format baharu yang ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Malah Baddrol yang terkenal dengan jolokan Kapten Marvel memberi bayangan akan kekal di Sabah FC menerusi satu entri baharu di laman Instagramnya pada Jumaat.

313419421_3383828715197571_5151824629950979083_n

Baddrol membantu Sabah memanjat tangga carta Liga Super hingga di kedudukan ketiga dengan 42 mata. — Facebook

Selepas video hitam putih kenangan pemain itu di Negeri Bawah Bayu, Baddrol pada Jumaat (25 November) sekali lagi memuat naik satu video hitam putih perjalanan Sabah FC untuk musim ini yang rakaman asalnya dari TikTok @sabah_fc.

Video itu turut disertakan kapsyen berbunyi, "Thank you 2022, we recharge and come back stronger 2023 SABAH FC."

Perkongsian tersebut memberi kelegaan kepada sebahagian besar penyokong Sabah yang gembira apabila khidmat cemerlang kapten pasukan itu mungkin akan diteruskan.

Di ruangan komen, rata-rata fans Sang Badak berterima kasih kepada Baddrol kerana menjadi antara watak penting dalam pasukan hingga membantu Sabah memanjat tangga carta Liga Super hingga di kedudukan ketiga dengan 42 mata.

Pemain berketinggian 1.74 meter itu mengemudi bahagian tengah Sabah dengan membantu pasukan menghasilkan gerakan-gerakan berbahaya untuk mencipta serangan ke gawang lawan.

WhatsApp Image 2022-11-25 at 21.38.32

Tangkap layar rakaman video yang dimuat naik Baddrol. — Instagram

Malah ada yang menyatakan hajat untuk melihat Baddrol bersama Sabah FC menjulang sekurang-kurangnya satu kejuaraan pada musim depan.

Jacklynjoe berkata, "Thank you captain...tiada salah berimpian besar untuk at least satu piala tahun depan. Kami sebagai penyokong akan sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan Sabah FC."

Sufia_yana pula menulis, "Thank you captain, semoga musim depan kapten dapat angkat semua piala untuk Sabah."

Sementara itu, rieey_zam berterima kasih kepada Baddrol kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Sabah FC.

"Kami dari fans Sabah FC sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Badd, keluarga dan pasukan. Jumpa musim depan. Radu tatap radu," katanya.

"Terima kasih kapten, semoga ada manis-manisnya musim depan," kata danziten_ pula.

Di sebalik kata-kata penghargaan daripada penyokong Sabah FC, Baddrol yang pernah 16 tahun berbakti untuk Kedah Darul Aman (KDA FC) turut menerima komen daripada penyokong Sang Kenari.

311992619_3380110098902766_4237194152472767947_n

Baddrol menjadi antara pemain utama buat pasukan Sabah FC musim ini sehingga diberikan lilitan kapten. — Facebook

Seperti tidak mampu menerima hakikat legenda kesayangan mereka itu mahu terus berkelana di bumi Sabah, ada yang meminta Baddrol pulang dan bermain untuk Kedah.

"Come back to Kedah Badd, mai pencen kat sini," tulis lebaiespee.

"Please balik Kedah abang Badd, kalau tak dak abang Badd, Kedah tak padu macam dulu," kata mat_adib_76 pula.

"Balik ke Kedah FC laaa Baddrol, you legenda Kedah," ujar danial_azrill.

Untuk rekod, Baddrol bermain untuk pasukan Kedah Darul Aman FC sejak 2006 dan pernah membantu Harimau Muda memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA sebanyak dua kali iaitu pada 2009 dan 2011. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram