JDT buat 'comeback' julang Piala Malaysia


  • Podium
  • Sabtu, 26 Nov 2022

Johor Darul Takzim Berjaya menjuarai Piala Malaysia selepas menumpaskan Selangor FC. — Facebook/Johor Southern Tigers.

JOHOR Darul Takzim (JDT) mengesahkan status sebagai juara Piala Malysia 2022 selepas menewaskan pasukan Selangor FC dengan keputusan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Kemenangan itu terhasil daripada jaringan penyerang import sensasi Bergson Da Silva pada minit masa tambahan ke 47 dan seorang lagi pemain import Fernando Forestieri pada minit ke 58.

Keputusan itu sekali gus berjaya menebus kekecewaan pasukan Harimau Selatan pada tahun lalu yang tumpas di tangan Kuala Lumpur City FC. — Majoriti

--MENYUSUL